Sunday, January 25, 2009

Sarah tak mahu syok sendiri




Bulan Januari dimulakan dengan semangat baru bagi kebanyakan orang. Tidak ketinggalan si kecil molek yang lincah, Sarah. Dia mempunyai azam untuk dikenali dengan nama Sarah Raissuddin dan giat membuat pembaharuan dalam dirinya.

“Saya mahu muncul dengan imej dan diri yang baru,” ujarnya dalam kesungguhan.

Sedang sibuk dengan urusan menyiapkan album, Sarah bakal berkolaborasi dengan komposer terkenal, Aidit Alfian yang akan bertindak sebagai produser.

Kerjasama itu diharapkan Sarah dapat membuahkan muzik baru buat dirinya di samping memberi satu cerita baru buat dunia muzik

Dalam semangat membara untuk muncul deras pada tahun 2009, Sarah berkata: “Saya mahu muncul sebagai Sarah berpersonaliti baru dengan imej yang bersih, dibantu pengurusan baru serta mahu lebih dekat di hati peminat.”


Barack Obama

Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, menjadi harapan kepada rakyat Amerika dan dunia amnya. Dia dinantikan untuk membuat pembaharuan kepada dunia.

Saya lihat dia seorang yang pintar dan mempunyai pemikiran yang jauh ke hadapan. Dia memiliki aura sebagai pemimpin. Orang kulit hitam biasanya memang bekerja bersungguh-sungguh.

Limau mandarin

Kalau pada musim perayaaan Tahun Baru Cina, saya akan pilih buah limau mandarin yang kecil. Buah yang kecil itu pada saya lebih manis, comel, meriah dan menarik perhatian.

Sentiasa rasa mahu makan sebab warna dan bentuknya yang ceria. Selalunya saya akan dapat buah limau. Tahun ini rasanya saya tak berkesempatan menyambut bersama kawan-kawan kaum Cina sebab sibuk dengan persiapan album. Saya akan SMS mereka untuk mengirimkan ucapan selamat beraya.




Rambut

Mahkota wanita yang berharga. Tetapi ada orang yang tidak sesuai berambut sebab kalau botak lagi terserlah macho mereka. Saya tidak akan potong rambut dengan sembarangan orang dan tidak akan keluar rumah jika rambut tersalah potong.

Secara jujurnya, saya selesa berambut panjang kerana senang diurus. Saya pernah cuba berambut panjang, sederhana dan pendek dengan potongan tiga inci rambut. Rambut pendek sukar diurus, tambah-tambah lagi jika di atas paras bahu.

Gedik

Ramai orang salah faham dengan istilah manja dan gedik. Gedik seperti menggelitis tapi ada sedikit kegelabahan yang merimaskan. Ada gedik yang sedap dilihat dan ada pula yang merimaskan. Hanya kaum hawa yang sesuai menggedik. Kalau lelaki memang tidak sesuai langsung. Gedik juga boleh diistilahkan sebagai ‘feeling manja’.

Selera orang luar

Ada dua tafsiran kepada istilah selera orang luar, sama ada orang luar sukakan kita atau sebaliknya. Ia bergantung kepada budaya dan cara hidup sebenarnya. Kalau merujuk kepada album, kita perlulah memenuhi selera orang luar iaitu peminat. Kita tidak boleh syok sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: