Tuesday, January 20, 2009

Perempuan Jerit 2 Pagi Depan Rumah Siti Nurhaliza Datuk K

image

Datuk K telefon polis

SAYA terpaksa menghubungi pihak polis demi keselamatan kami sekeluarga. Itu sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini,ujar Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K yang mengulas kejadian seorang perempuan yang datang menjerit dan membuat kacau di depan kediamannya Isnin lepas.

image


Kejadian terbaru ini dipercayai berlaku rentetan daripada fitnah yang dilemparkan kepada pasangan ini kononnya rumah tangga mereka diambang keruntuhan. Tidak mahu mengulas panjang, Datuk K memohon agar fitnah-fitnah seumpamanya itu dihentikan segera. Mengakui beliau dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza agak tertekan dengan pelbagai gosip mengenai perkahwinan mereka itu, Datuk K memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perbuatan tersebut masih berterusan.

image

Cerita-cerita itu (gosip) sebenarnya banyak menyerang saya, bukan Siti. Orang ramai bersimpati dengan Siti kerana kononnya saya tidak menjadi suami yang baik kepadanya. Situasi inilah yang mungkin telah menimbulkan kemarahan orang (peminat) yang akhirnya akan bertindak di luar jangkaan,ujarnya kesal. Ahli perniagaan terkenal ini ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaru isterinya, Lentera Timur itu turut ditanyakan apakah Siti akan dibenarkan untuk terus berkecimpung dalam bidang seni ini ataupun berundur seperti mana yang pernah disuarakan baru-baru ini.

Saya tahu semua orang mahu tengok Siti terus menyanyi. Dia ramai peminat dan saya adalah salah seorang di antaranya. Saya tak pernah minta dia jadi suri rumah pun, hasrat itu tak pernah ada. Cuma bila pelbagai cerita yang tidak betul banyak sangat mengganggu rumah tangga kami, saya sedikit kesal. Apa pun, saya sentiasa berharap dan berdoa janganlah sampai dia mengambil keputusan itu (mengundur diri). Jadi, hentikanlah perkara-perkara yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku,?katanya.

Undur diri

Sementara itu, Siti ketika diajukan persoalan yang sama memberitahu isu dia mahu mengundur diri dari bidang seni ini timbul kerana pelbagai tekanan yang dilalui dia dan suami sejak akhir-akhir ini. Walaupun Siti dah lama dalam bidang ni dan pernah kena macam-macam gosip, tetapi ia tetap terasa apabila orang yang kita cintai merasainya. Siti tahu dia tertekan bila keluar gosip-gosip yang melampau macam ni (cerai).

Mungkin kerana itu dia terkeluar kata-kata tu (mahu Siti berundur). Bagaimanapun, kami dah selesaikan masalah itu dengan pihak yang terlibat dan semuanya kembali OK. Memang Siti tak jamin selama mana Siti akan berada dalam bidang seni ini, tapi kalau boleh biarlah Siti berundur dalam bidang ni kerana ada komitmen lain dan bukan kerana kontroversi yang melanda,jelasnya berterus-terang.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: