Thursday, January 22, 2009

Menarik musim perayaan


SEMPENA sambutan Tahun Baru Cina 26 Januari ini, Astro menyediakan pelbagai rancangan menarik untuk tontonan bersama.

Antaranya, Konsert Street Party Countdown 2009 Celebration yang akan disiarkan pada pagi hari perayaan itu di Astro AEC, jam 12 tengah malam. Artis yang mengambil bahagian, Nicholas Teo, Danell Lee, Yise Loo, Tate Chan, Will Ng, Gan Wan Chean, Manhand dan Edmond Leong.

Turut dipaparkan di saluran sama, konsert kebajikan The Channel [V]’s V Power, bertujuan memberi kesedaran untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Artis yang membuat persembahan, Lee Hom, Stanely Huang, Lollipop, Hey Girl, Will Pan, Show Lo dan Rainie Yang. Ia akan diacarakan Blackie and rakan VJny yang lain.

Terus menghangatkan perayaan itu, pada 27 Januari, jam 12.30 petang, Astro menyiarkan konsert Nicholas Teo yang diadakan di Stadium Putra, pada Mac lalu. Artis undangan konsert itu, Fish Leong apabila mereka turut berduet menyanyikan lagu In Love With You. Teo dikatakan terpaksa menurunkan beratnya sebanyak lima kilogram untuk kelihatan hebat pada malam konsert itu.

Ini diikuti Konsert Soda Green di Taiwan, jam 2.30 petang. Tambah semarak dengan konsert Aaron Kwok de Show Reel Live di Coliseum Hong Kong. Sebelah malamnya pula penonton disajikan Konsert Kelly Chan Love Fighters. Penyanyi itu mengejutkan peminat dengan pengumuman perkahwinannya. Tidak ketinggalan, siaran langsung Justin One Good Show dari Coliseum Hong Kong yang disiarkan pada 28 Januari.

Kepada peminat kumpulan Nidji, saksikan kehebatan kumpulan itu menerusi AMP Live: Nidji di Jakarta di Channel [V] (saluran 714), pada 24 Januari, jam 6.40 petang.

Kumpulan pernah mencatat kejayaan tersendiri apabila penjualan album mereka melebihi 500,000 unit di seluruh Indonesia. Buat kali pertama juga album itu diterbitkan dalam dua versi, Indonesia dan Inggeris.

Memenuhi selera pelbagai kaum yang melanggan saluran televisyen berbayar itu, Astro juga menayangkan filem Hindi, Hum Dil De Chuke Sanam pada 25 Januari, jam 9 malam di saluran Zee.

Filem hebat dilakonkan Salman Khan (Sameer), Ajay Devgan (Vanraj), Aishwarya Rai (Nandini), Zohra Sehgal dan Vikram Gokhale. Kisah cinta Nandini yang tidak kesampaian bersama Sameer. Keluarga memaksanya berkahwin dengan Vanraj sehingga membuat Nandini merana. Akhirnya ketulusan hati Vanraj berjaya memikat hati Nandini dan melupakan cinta Sameer.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: