
TIDAK berpeluang menyertai Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL 23) bagi menyanyikan lagu Doa Dalam Lagu bersama Heliza membuatkan Mawi mengakui dia menyimpan rasa terkilan.
Kekesalan Mawi jelas terlihat apabila dia tanpa berselindung menjelaskan perkara yang berlaku itu tidak disengajakan, juga bukan dilakukan dengan niat tertentu.
"Sedih jugalah kerana saya tidak dapat bersama-sama Heliza menyertai AJL 23 nanti," tutur Mawi ringkas yang tempatnya digantikan rakan seperjuangannya, Zahid AF2.
Umum mengetahui Mawi tidak berpeluang memijakkan kaki di pentas gah AJL 23 kerana waktu itu dia sedang berbulan madu dan bercuti panjang setelah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Ekin pada 20 Disember lalu.
"Sekalipun, saya memang tidak dapat sertai AJL 23 tetapi saya gembira kerana pengganti saya, Zahid pernah menyanyikan lagu ini.
"Saya cukup yakin dengan kemampuan Zahid untuk menyampaikan lagu Doa Dalam Lagu bersama Heliza.
"Saya tahu Zahid dan Heliza pasti boleh buat. Harap-harap lagu ini bakal memenangi AJL 23," tambah Mawi mendoakan kejayaan lagu ciptaan Ajai itu pada final 18 Januari nanti.
Penarikan diri penyanyi berusia 27 itu daripada beraksi di AJL 23 bersama rakan duetnya, Heliza bagaimanapun dilihat tidak memberi sebarang masalah meskipun pihak penerbitan hanya tahu mengenainya pada saat-saat akhir.
Biarpun begitu, seluruh tenaga produksi AJL 23 mengaku tidak menghadapi kesulitan, malah menghormati keputusan yang dibuat penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Johor itu.
Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin berkata, Mawi sendiri ada meminta maaf kerana lewat memberitahu tidak dapat menyertai AJL 23.
"Lagipun Mawi sendiri tidak mengetahui perancangan itu dan semua perkara berlaku di saat-saat akhir.
"Jika tidak, sudah pasti awal-awal lagi dia tidak akan terlibat di peringkat separuh akhir tempoh hari," jelasnya ketika ditemui pada sidang media AJL 23 dan cabutan giliran untuk persembahan di Sri Pentas TV3 Selasa lepas.
Lantaran itu, syarikat rakaman yang bertindak mengendalikan perjalanan kerjaya seni Mawi iaitu Maestro Talent And Management mengambil Zahid untuk menggantikan tempat Mawi di AJL 23 kelak.
Ketiadaan Mawi dalam AJL 23 dilihat tidak akan menggugat rating program itu, apatah lagi fokus AJL adalah tentang lagu-lagu terbaik yang dipertandingkan.
Tidak dinafikan debaran AJL 23 makin dirasai di kalangan komposer, penulis lirik dan penyanyi bagi 14 buah lagu yang dipertandingkan menerusi tiga kategori: Etnik Kreatif, Pop Rock dan Balada.
Tiga buah lagu dipertandingkan dalam kategori Etnik Kreatif, enam menerusi Balada manakala lima lagu menerusi kategori Pop Rock yang bakal berentap di pentas sama untuk merangkul gelaran Juara AJL 23 sekali gus bakal membawa pulang wang tunai RM25,000.
Bertemakan Iluminasi Muzik bagi menerapkan sinaran dan keajaiban untuk perjalanan acara gemilang AJL 23, malam kemuncak itu akan dimeriahkan dengan gandingan tiga hos iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.
Mengulas lebih lanjut tentang persiapan menjelang acara berprestij itu, Amrin berkata, pihak penerbitan sedang membuat persediaan rapi bagi memastikan kelicinan perjalanan acara tersebut pada malam itu.
"Tekanan memang ada apatah lagi AJL sering memperoleh rating tinggi. Sudah tentu jangkaan penonton semakin tinggi.
"Apa yang pasti, kandungan dan intipati AJL pada tahun ini tetap akan menampilkan sedikit kelainan.
"Dari segi pentas dan juga persembahan pembukaan ia cukup menarik. Kita akan menampilkan penonton sesuatu yang berbeza dan unik.
"Begitulah juga dengan konsep Iluminasi Muzik yang menjadi tema kali ini. Elemen cahaya yang akan kami ketengahkan pada malam itu dilihat selari dengan tagline TV3, Inspirasi Hidup," kata Amrin.
Bercakap soal penjurian pula, proses itu akan berlangsung pada minggu hadapan. Kriteria penjurian juga akan dibincangkan sebelum bermulanya proses tersebut.
Pemilihan juri juga sama seperti tahun-tahun terdahulu yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang hiburan.
Penjurian kali ini mungkin akan dibuat dalam tempoh sehari atau dua hari sebelum berlangsung AJL.
![]() |
| Mawi dan isterinya, Ekin. |
![]() |
| |
Perkara itu dibuat pada saat-saat akhir untuk mengelakkan sebarang masalah seperti isu berat sebelah timbul di kalangan juri.
Walaupun ada pihak yang beranggapan terdapat kebarangkalian berlakunya isu berat sebelah disebabkan dua artis terbabit dalam AJL 23, Faizal Tahir dan Ayu, merupakan kelahiran program stesen televisyen Media Prima, ia tidak langsung menjadi faktor utama penjurian.
Sesuai dengan jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan, program anjuran TV3 itu hanya menjulang karya terbaik sepanjang tahun dan memberikan trofi serta wang tunai berjumlah RM25,000 kepada juara AJL 23.
Sementara, trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000 ditawarkan mengikut kategori masing-masing. Persembahan dan vokal terbaik masing-masing bakal memenangi trofi dan wang tunai RM10,000.
AJL 23 bakal bersiaran secara langsung menerusi TV3 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari ini bermula pukul 9 malam.
Tidak seperti kebiasaannya, acara karpet merah hanya akan ditayangkan di laman web www.tv3.com.my pada pukul 7.30 malam manakala penonton juga berpeluang mendapatkan cerita eksklusif di belakang tabir AJL 23 di www.gua.com.my.
Kepada peminat yang mahu merasai kehangatan AJL 23, anda masih berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket percuma yang boleh diperoleh di Balai Pengawal, Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya mulai 10 Januari

mawi serabut suara x sedap patut pn sruh zahid nyanyi
ReplyDeletex yah nyanyi pn lagi elok mawi g wat anak sdh...mujur2 anak ko comel sbab ekin 2 kan pelacur kelas atasan
ReplyDelete