Monday, January 12, 2009

Lindsay dilamar Pharrell?


LINDSAY LOHAN


LINDSAY LOHAN mendakwa penyanyi rap tersohor, Pharrell Williams mahu melamarnya. Namun, Williams bukanlah melamar Lohan untuk menjadi isterinya tetapi untuk berkolaborasi menerusi album terbaru Lohan.

Lohan mendakwa, Williams begitu terdesak untuk turut terbabit dalam album terbarunya.

Menurut pelakon bermasalah itu yang kali terakhir muncul dengan album A Little More Personal (Raw) pada 2005, Pharrell Williams ialah seorang yang hebat. Sikapnya sangat menyenangkan setiap kali bersua.

"Dia ada beritahu mahu berkolaborasi menghasilkan album ketiga saya. Dia mahu saya meluahkan segala elemen yang belum muncul dari dalam diri saya ke dalam album itu nanti," jelas Lohan.

Menurutnya lagi, "Saya sangat terharu kerana menerima tawaran daripada seorang yang juga saya minati karya muziknya. Tidak sabar untuk melihat hasil kolaborasi kami itu nanti."

Lohan yang pertama kali muncul dengan album Speak pada 2004 dijangka muncul dengan album ketiga berjudul, Spirit in the Dark yang dikatakan bakal mengundang barisan rapper terkenal seperti Ne-Yo, Akon, Snoop Dogg, 50 Cent, Kanye West dan Timbaland.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: