Sunday, January 11, 2009

Linda Onn Di Jangka Bernikah Tidak Lama Lagi!

image

KUALA LUMPUR, 11 JAN 2009:  Bagi mereka yang pernah melalui Lebuh Raya MRR2 berhampiran Tesco Ampang, pastinya akan dapat melihat poster 'pedas' bekas deejay Era FM yang kini bersama Sinar FM,Linda Onn.


Poster bersaiz gergasi yang terpampang wajah Linda,berbaju hitam dengan solekannya menggoda itu, pasti membuatkan pengguna jalan raya terpesona.


Tapi awas... poster itu juga menampilkanLinda dengan sebakul cili merah dengan di tangan kirinya memegangsetangkai cili, sebagai membuktikan betapa 'panas dan pedasnya' dia. Mungkin, itulah tarikan yang cuba dilakukan Linda dalam  melariskanlagi perniagaan My Asam Pedas Shop miliknya.


"Saya mahu papan tanda itu nampak lain dari kebiasaan. Lagipun restoranini terletak di tepi lebuh raya, jadi biarlah dari jauh orangsenang nampak," katanya.


Linda berkata, idea dan konsep poster besar berkenaan adalah daripada dirinya sendiri bagi mempromosikan hidangan asam pedas yang disajikan di restorannya.


Jelasnya,sejak papan tanda itu dipasang, pemilik premis perniagaan bersebelahanrestorannya turut membuat tindakan yang serupa iaitu memasang papantanda yang lebih besar.


Linda Onn nak kahwin tahun 2009 ni..

"Alhamdulillah, perniagaan saya berjalan lancar. Sekarang saya sedang sibuk mengurusakan beberapa hal berkenaanperniagaan saya itu. Insya-Allah tak lama lagi, saya akan membuka sebuah pejabat di atas restoran ini.," katanya.


Menyentuh mengenai azam tahun barunya yang ingin menamatkan zaman bujang tahunini, Linda berkata: "Kalau boleh memang saya bercadang untuk berkahwin tahun ini. Sejak 2008 lagi saya sudah bersedia, cuma harap-harap bertemu calon yang sesuai."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: