Semua orang tahu kisah perbalahan pelakon dan pengarah muda Shamsul Yusof dan Diana Danielle yang membawa kepada laporan polis.
Kini mereka dah putus cinta dan membawa haluan masing-masinmg. Kata Shamsul dia mahu tumpukan perhatian kepada kerja dan tak mahu memikirkan pasal cinta yang boleh membuat kepala berserabut.
Shamsul bakal mengarah filem terbaru Evolusi KL Drift II. Kali ini tak ada Diana Danielle. Disingkir ke?
"Saya akui watak wanita utama iaitu Aleya saya membayangkan satu watak untuk Diana semasa saya menulis skripnya.
"Semasa kejadian itu (perbalahan) berlaku, saya belum lagi siapkan skrip. Apabila skrip siap, saya tak ada sesiapa lagi dalam kepala untuk berlakon watak itu.
"Saya perlukan seorang yang lasak tapi ranggi, saya terpandang Scha dalam drama Awan Dania dan berasakan dia sesuai dengan watak yang saya bayangkan, sebab itulah saya tawarkan watak Aleya kepada Scha," kata Shamsul kepada Mangga Online.
Ditanya pasal Diana, Shamsul akui dia tidak pernah berhubung dengan wanita itu selepas insiden mereka berbalah.
"Kalau terjumpa tu saya buat biasa-biasa sajalah," kata yang juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama sekiranya ada watak yang benar-benar sesuai dengan Diana.
Ingin bukti kemampuan
Shamsul ingin membuktikan kemampuan sebenarnya apabila diberi peluang mengarah filem ketiga selepas Evolusi KL Drift dan Bohsia.
"Saya semestinya ingin memberikan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan saya. Sekarang saya semakin yakin dengan kerja saya.
"Saya akui ada kelemahan yang boleh diperbaiki apabila saya menonton kerja pertama saya. Pada masa itu saya masih baru dan terpaksa memberi tumpuan berlakon dan mengarah, mungkin tumpuan itu lari, sekarang saya sudah banyak pengalaman," kata Shamsul.
Evolusi KL Drift II akan memulakan penggambaran pada 1 Februari ini. Selain Shamsul dan Scca, ia turut menampilkan Aaron Aziz, Farid Kamil, Remy Ishak, Zulkifli Ariffin, Hetty Sarlene, Shaheizy Sam dan Rizal Ashraf.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: