Monday, January 26, 2009

Dengarnya... Sherry semakin murah rezeki


INGAT tak pelakon Sherry Ibrahim yang selalu dikaitkan intim dengan pelakon Ashraf Muslim? Terbaru Sherry muncul di dalam filem Maut untuk babak ketiga yang menampilkan Que Haidar sebagai fokus utama. Biarpun Cik Normah kecewa babak yang membabitkan Sherry tidak langsung menyerlah potensi pelakon yang pernah bertugas sebagai pramugari ini, Cik Normah puji usahanya untuk terus menambat perhatian penonton serta peminat. Sherry pun berlakon drama Renjis 1 & 2 di Astro Ria.

Buat Sherry jangan patah semangat dan teruskan perjuangan setapak demi setapak untuk terus mengukuhkan nama di persada seni. Dalam diam, Cik Normah dengar Sherry sibuk dengan penggambaran drama bersiri 13 episod yang diadaptasikan daripada filem Jangan Pandang Belakang.

Drama itu arahan Azizi dan di bawah terbitan syarikat produksi milik David Teo, Metrowealth. Drama itu turut menampilkan Ashraf Muslim sebagai teraju utama di samping pelakon perempuan yang pernah membintangi filem Wayang tahun lalu, tapi Cik Normah tak ingat nama pelakon tu.

Dalam pada masa yang sama, Sherry juga bakal bergelar hos sebuah program di TV2 diberi nama Lensa. Program ini mengupas dan menyiarkan perkembangan dunia hiburan tempatan. Tak sabar Cik Normah nak tengok aksi Sherry sebagai hos pula. Kalau nak petua terbaik jadi hos, Cik Normah boleh turunkan kat Sherry sebab Cik Normah antara yang aktif diundang sebagai pengacara majlis masa zaman belajar universiti.

Mengenai hubungannya dengan Ashraf Muslim, Cik Normah tengok mereka memang sepadan ‘gitu’. Kalau ada ura-ura nak kahwin jangan lupa beritahu Cik Normah okey. Tapi Cik Normah yakin, mereka tidak akan kahwin dalam masa terdekat sebab nak fokus dalam dunia seni dan kumpul duit banyak-banyak.

Okeylah di kesempatan ini, Cik Normah nak ucapkan selamat berbahagia kat kawan Cik Normah, Serimah Mohd Sallehuddin yang sudah bergelar isteri semalam. Tahniahlah ye!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: