Thursday, January 22, 2009

Brad hanya takut mati, tidak takut jadi tua

Pelakon kacak Brad Pitt pernah mendapat jolokan 'Lelaki Paling Seksi' sebanyak dua kali.

PELAKON kacak, Brad Pitt yang pernah mendapat jolokan 'Lelaki Paling Seksi' sebanyak dua kali, mengaku dia tidak pernah gusar menjadi tua. Cuma yang dikhuatirinya ialah bagaimana caranya dia akan mati.

Pelakon berusia 45 tahun itu, baru-baru ini telah berkunjung ke Berlin untuk tayangan premiere filem 'The Curious Case Of Benjamin Button'. Di dalam filem ini Pitt telah membawa watak berusia 80 tahun. Benjamin telah dilahirkan dengan semua sifat-sifat orang tua dan kemudiannya menjadi muda secara perlahan-lahan semula.

Filem yang dikatakan meruntun emosi itu berkisar kisah cinta Benjamin Button dan Daisy, lakonan Cate Blanchett dan bagaimana mereka menempuhi kegembiran, kedukaan dan kehilangan bersama. Berlainan dengan watak Benjamin Button yang menjadi muda semula, watak Daisy pula menjadi tua perlahan-lahan. Pasangan Benjamin-Daisy cuba mencari kekuatan antara satu sama lain apabila keadaan ini berlaku.

"Tidak saya tidak takut jadi tua. Saya lebih takut macam mana saya akan pergi nanti," katanya.

center>Pasangan Brad Pitt-Angelina Jolie sedang hangat bercinta tetapi masih tidak mahu berkahwin.

Tika ditanya apa yang membuat dia menangis, Pitt berkata, "Saya tidak menangis. Saya kuat seperti paku."

Walaupun dalam filem, karektor Benjamin menjadi muda perlahan-lahan, Pitt tidak ingin ianya berlaku dalam kehidupan sebenarnya.

Baginya, usia tua adalah saat yang ditunggu-tunggu olehnya kerana menjadi tua bermakna dia akan menjadi lebih bijak.

"Saya suka kebijaksanaan yang datang dengan pengalaman.. Tidak mungkin saya akan menukar ini dengan usia muda," kata bekas suami kepada bintang TV drama 'Friends' Jennifer Aniston dan sedang hangat memupuk cinta dengan pelakon berbibir seksi Angelina Jolie.

'The Curious Case of Benjamin Button' telah menerima 11 pencalonan untuk Anugerah BAFTA pada tahun ini dan nama Brad Pritt turut tercalon untuk Pelakon Terbaik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: