Tuesday, January 13, 2009

Artis-Artis Yang Dapat Hadiah Mahal


KUALA LUMPUR - Kisah artis menerima hadiah mahal daripada orang tersayang sebenarnya bukan fenomena baru di Malaysia.


Jika kelmarin penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza menerima hadiah jam tangan Richard Mille bernilai ratusan ribu ringgitdaripada suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, artis-artislain juga rupa-rupanya turut menerima pelbagai hadiah mahal daripadasuami, kenalan atau keluarga tercinta.
Menariknya, hadiah-hadiah yang mereka terima bukan calang-calang kerana ada yang mencecah jutaan ringgit.


Pelakon dan penyanyi popular Juliana Banos, misalnya, pernahmenerima hadiah berupa kereta mewah Ferrari yang dianggarkan mencecahharga RM1 juta daripada keluarga sebelah suami, Mokhtar Ahmad, 35.


"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menguar-uarkan hadiah itu (kereta) kerana saya menganggap ia bersifat peribadi.
"Saya sendiri tidak pernah membuka mulut tentang hadiah kereta itu,sebaliknya pemberian Ferrari itu didedahkan orang sekeliling hinggaberjaya dihidu pihak media," jawab Juliana yang menganggap hadiah yangditerima tanda sayang tidak berbelah bahagi daripada pihak suami.


Pelakon jelita Rozita Che Wan pula menafikan pernah dihadiahkan kereta BMW bernilai RM450,000 sebaliknya mendedahkan cenderahati palingmahal yang pernah diterimanya daripada seorang lelaki sekadar bernilai RM18,000.


Hadiah tersebut merupakan seutas jam tangan Rolex yang dianggapistimewa kerana ia adalah pemberian bekas suami, Anuar EffendyZulkafly, 35, lima tahun lalu.


"Bekas suami menghadiahkan jam tangan kerana mahu memujuk saya yang sedang merajuk pada waktu itu.


"Saya tidak pernah melihat seseorang menerima hadiah mahal secaranegatif, namun saya hanya harapkan agar pemberian barangan berhargadilakukan dengan hati yang ikhlas," ujarnya.


Pelakon muda berbakat besar, Diana Danielle pula mengakui telah menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 daripada ibu tercinta, Norsiah Ramli.


Menurutnya, hadiah istimewa bernilai RM560,000 itu adalah sempena ulang tahunnya yang ke-17 pada 22 November lalu.


Bagi pelakon Abby Abadi, dia pernah menerima barangan kemas pemberian bekas suami Norman Hakim, 32, berharga ribuan ringgit.
"Namun saya bukan wanita yang mengukur hadiah itu melalui harganya," jelas Abby.


Pelakon jelita Eja, 37, atau nama sebenarnya Siti ShahrizahSaifuddin pula memberitahu pernah menerima hadiah berupa gelang tangancukup berharga daripada orang tersayang sebelum ini.
Beliau yang enggan mendedahkan harga gelang tersebut memberitahu,tidak salah untuk menghadiahkan pemberian mahal, asalkan tahu kemampuandiri dan individu itu benar-benar menyayangi dirinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: