Thursday, January 22, 2009

Artis 80-an bersatu

Baru-baru ini penyanyi angkatan tahun 1980-an, Ibnor Riza mengadakan majlis pelancaran album terbarunya.

Bukan Ibnor sahaja meraikan album ke-14nya berjudul Senandungku itu, malah rakan-rakan seangkatan juga turut menyokongnya.

Pada majlis itu kelihatan rakan-rakannya antaranya, Datul Malek Ridzuan, Juliza Adzlizan, Hairee K.O.O.L, Ayati Tasrip, Khairell Khamis, Azizul Khamis, Ziela Jalil, Liza Abdullah, Adam Ahmad dan ramai lagi.

Mereka kelihatan bersatu dan saling menyokong apabila ada rakan mereka menghasilkan album baru. Pasal apa agaknya?

Juliza berkata keakraban itu bukannya timbul sekarang iaitu setelah masing-masing kurang aktif berbanding pada awal kemunculan mereka.

"Pada tahun 80-an pun kami memang rapat macam ini sebab kami selalu bersama mengadakan show dan juga mengadakan program TV.

"Saya rasa salah satu sebab yang membuatkan kami boleh rapat ialah pada masa itu kami naik sama-sama.

"Boleh dikatakan semua penyanyi pada masa itu diterima dan populariti mereka seiring. Suasana sekarang sangat berbeza.

"Sekarang

alt mce_tsrc=images/stories/80bersatu-2.jpg
mungkin ada penyanyi yang sangat popular dan ada yang kurang popular berbanding zaman kami yang kesemuanya ada pengaruh tersendiri, sebab itu tidak ada penyanyi yang digelar diva," kata Juliza yang memiliki lagu evergreen Kasih Dan Sayang Insan dan Bagaimana Harusku Lupakan.

Datuk Malek Ridzuan juga sependapat dengan Juliza dan berasa sangat seronok bersama kawan-kawan suatu masa dulu.

"Saya sentiasa menyokong apabila ada kawan-kawan yang masih mendapat tempat merakam album baru.

"Dulu peminat cari penyanyi dan mereka melakukanalt sesuatu untuk mempopularkan penyanyi, penyanyi sekarang berbeza sebab mereka pula harus memikirkan cara untuk menarik peminat menyukai mereka (melalui promosi)," kata Malek yang sangat popular dengan lagu Cukup Sampai Di Sini dan Abang Pulang itu.

Hairie K..O.O. L juga salah seorang panyanyi yang muncul pada tahun 80-an ketika merakam album solo semasa masih remaja. Penyanyi 80-an yang ada sekarang ibarat senior yang benyak membantunya dulu.

"Saya juga pernah rasa jadi penyanyi pada tahun 80-an dan saya pernah bersama-sama mereka dulu, suasananya memang berlainan berbanding sekarang.

"Saya lihat ada penyanyi baru sekarang yang tidak mengenali penyanyi terdahulu apabila mengadakan persembahan bersama-sama," kata Hairie.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: