KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.
"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.
Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.
ikut akta boleh di ikut tetapi peruncit nak untung ade jugak jual sebatang sebatang pada para remaja dan pelajar...saya sendiri lihat di kawasan kuala lumpur terutamanya, majoriti ramai pelajar sekolah menengah merokok tanpa rasa takut termasuk la pelajar perempuan..kalau pihak menteri nak selamatkan keadaan bagi pandangan saya lebih baik haramkan rokok di negara kita, walaupn saya tau ramai akan memberontak tetapi demi kesihatan pada rakyat itulah lebih baik dari dikurangkan...ramai yang mati bukan kerana penyakit keturunan tetapi pengudaraan persekitaran telah mencemarkan organ2 dalam tubuh manusia tak kira dari asap rokok, pembakaran terbuka asap kereta yang tak service bertahun tahun terutamanya lori,bas,teksi dan kereta pakai yg telah berkhidmat di jalan raya lebih 10 tahun....negara kita telah tercemar daripada persekitaran dan juga air sungai tercemar disebabkan pembuangan sisa toksid dan sampah2 yg dibuang oleh masyarakat sendiri...kemana perginye duit kerajaan??yang kaya bertambah kaya..yang miskin bertambah miskin...sebenarnya banyak yang kita nak bendung..bukan rokok sahaja...fikirkan lah...bukan senang nak jadi menteri...kalau tiada krjasama takde la jln pengelesaian dalam semua perkara...
ReplyDelete