Sheahnee diapit oleh Daphne Iking (kiri) dan aishah Sinclair.
DAPHNE Iking dan Aishah Sinclair diberi kepercayaan mengacarakan program terbaru terbitan di ntv7 diberi nama Ladies Day Out yang akan mula disiarkan pada 8 Januari jam 7.30 malam.
Program gaya hidup berkonsepkan majalah TV ini diterbitkan oleh Sheahnee Iman Lee.
Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul, berkata pemilihan dua selebriti itu bertepatan dengan program itu sendiri kerana Daphne sedang membiasakan diri memikul peranan sebagai ibu tunggal beranak satu, manakala Aishah pula bergelar isteri.
“Mereka cantik, pintar dan banyak terbabit secara langsung untuk menghasilkan program ini. Dengan tenaga kerja yang kecil, saya harus puji usaha Sheahnee menerbitkan Ladies Day Out.
“Aishah dan Daphne dapat menghubungkan diri mereka secara langsung dengan program ini. Saya sendiri mengimpikan untuk menjadi secantik dan sehebat mereka. Mereka semula jadi dan mempunyai kualiti yang sangat bersesuaian dengan aliran program ini,” katanya yang turut hadir memeriahkan sidang media pelancaran program itu di Bangsar, Kuala Lumpur.
Hadir sama di majlis ini ialah juga, Pengurus Besar Clarins Malaysia, Tan Seong Teck yang menjadi antara penaja utama Ladies Day Out. Sementara itu, Daphne berkata, ketika mula-mula ditawarkan mengacarakan program ini, dia sendiri agak keberatan untuk menerimanya kerana beranggapan ia tidak banyak berbeza dengan program TV yang pernah dikendalikannya.
Bagaimanapun, pandangannya terhadap Ladies Day Out berubah kerana program itu memang ada kelainannya tersendiri.
Katanya, dia sekadar menjadi hos, sebaliknya merasai pengalaman berharga seiring dengan status yang dimilikinya kini.
“Sebagai ibu kepada anak bernama Isabel, saya berasa begitu dekat dengan program ini. Kami bergilir-gilir mengacarakan segmen atau isu yang dibentang pada setiap episod. Saya juga tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan Daphne kerana kami berkawan baik.
“Malahan, kami pernah mengacarakan program Breakfast Show bersama-sama. Ada kalanya, sekali pun saya tidak terbabit dengan liputan yang membabitkan Aishah, saya sendiri akan turun padang menemaninya dan merasai sekali pengalaman yang dilaluinya,” kata Daphne yang enggan menyentuh mengenai kisah peribadi membabitkan rumah tangganya.
Perasaan sama turut dirasai, Aishah yang ternyata seronok diberi peluang mengacarakan program ini.
Menurutnya, pengalaman berada dalam produksi program ini sebenarnya memberi manfaat kepada dirinya sebagai isteri.
“Saya menggemari segmen Home & Garden kerana suka berkebun. Begitu juga dengan segmen Husband & Wife, yang penting untuk bekalan hidup saya dalam melayari alam berumah tangga,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: