JOHOR BAHRU: Disebabkan kedaifan hidup, sepasang suami isteri mualaf yang mempunyai 12 anak terpaksa bergantung pada sumber air parit dicemari sisa baja dan bangkai untuk kegunaan seharian, termasuk membancuh susu bayi mereka yang baru berusia sebulan.
Akibatnya, 14 beranak itu kini digelar ‘keluarga jijik’ oleh segelintir penduduk di sekitar penempatan setinggan Kampung Sungai Plentong di sini, semata-mata kerana mereka sanggup menggunakan sumber air kotor untuk kegunaan harian sejak lebih 16 tahun lalu.
Ketua keluarga berkenaan, Mohamad Jeeva Abdullah, 43, berkata meskipun menyedari penggunaan air parit boleh memudaratkan kesihatan dirinya dan anak-anak, keluarganya tidak mempunyai pilihan kerana tidak berkemampuan mendapatkan bekalan air bersih dari luar.
Menurutnya, penduduk lain berkeupayaan mendapatkan air bersih bagi kegunaan seharian biarpun kampung berkenaan tidak disalurkan bekalan air bersih oleh pihak berkuasa, sedangkan keluarganya bergantung pada air parit berhampiran termasuk untuk mandi, mencuci pakaian, memasak serta minuman.
“Kebiasaannya kami akan memasak dulu air diambil dari parit kerana warnanya agak keruh dan kadangkala tercemar sehingga mengakibatkan anak-anak mudah mengalami alahan selain demam dan cirit-birit.
“Apa yang mengecewakan, biarpun rata-rata penduduk di perkampungan setinggan ini menyedari keluarga saya bergantung pada bekalan air berkenaan, mereka sanggup membuang sisa baja mahupun bangkai haiwan ke dalam parit,” katanya.
Mohamad Jeeva memeluk Islam sembilan tahun lalu manakala hati Salmah terbuka untuk menerima agama Islam pada Oktober lalu.
Menyingkap sejarah hidupnya memeluk Islam, Jeeva berkata, dia ingin mencari kebenaran dan petunjuk dalam hidupnya.
Menurutnya, dia dan isterinya tabah menghadapi pelbagai dugaan termasuk bagi menyara kehidupan 12 cahaya mata termasuk anak ketiga mengalami masalah lembam.
“Isteri saya juga terpaksa membanting tulang bagi menambah pendapatan keluarga dengan menjadi buruh kontrak mengecat bangunan biarpun dia masih dalam pantang kerana pendapatan bersih saya RM200 yang diperoleh hasil bekerja sebagai buruh ladang tidak mencukupi.
“Manakala bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan hanya mampu menampung perbelanjaan dapur selain persekolahan anak,” katanya ketika menerima kunjungan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pasir Gudang, kelmarin.
Hadir menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada keluarga itu, Bendahari Umno bahagian Pasir Gudang, Rosli Mohamad dan Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda bahagian itu, Mohd Khalimi Mohd Lia Khad Ali.
Pasangan berkenaan dikurniakan tujuh anak perempuan dan lima lelaki termasuk Raju, 16, Shalini, 11, Sarla, 11, Sakti, 9, Visali, 9, Tavita, 8, Roja, 7, Deevankumar, 6, Uganindran, 4, Priya, 2, Selvakumar, berusia setahun dan Arvind, bayi berusia sebulan.
Akibat kesempitan hidup, Jeeva berkata, dua daripada cahaya matanya terpaksa menumpang di kediaman saudara-mara bagi memudahkan mereka ke sekolah memandangkan dia tidak dapat menghantar mereka kerana tidak berkemampuan memperbaharui cukai jalan dan insurans motosikalnya.
“Sudah lebih empat tahun saya dan isteri tidak membelikan baju baru pada anak dan mereka masih memakai baju terpakai yang disumbangkan kenalan mahupun baju kakak dan abang mereka,” katanya.
Sementara itu, Salmah berkata, dia yang memeluk Islam sehari sebelum melahirkan anak bongsunya juga berhajat mengislamkan semua anaknya dengan secepat mungkin.
Bagaimanapun, katanya dia sekeluarga menghadapi kesulitan hendak ke pejabat agama di pusat bandar raya bagi menyelesaikan urusan kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk tambang pengangkutan awam ke sana.
“Saya boleh mengucap kalimah syahadah dan begitu juga dengan anak-anak yang tidak sabar menjalani kehidupan sebagai umat Islam.
“Kami berharap pihak berkuasa menyediakan bimbingan dan panduan agama selain sayangi kami sebagai saudara Islam.
“Kami berharap mampu menjalani kehidupan yang lebih bermakna pada tahun depan di mana anak-anak turut menunjukkan minat bagi mengikuti kelas Fardu Ain secepat mungkin,” katanya sambil menunjukkan sijil perakuan Islamnya yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam negeri.
pihak yang bertanggung jawab silalah tampil untuk membantu...kalau keluar duit untuk benda tak berfaedah takpe pulak...pelik aku golongan berduit ni....
ReplyDeleterkyat negara luar disusukn/didahulukan..rkyat dlm negara sendri mati klaparn/minum air longkang!!
ReplyDeletekempen lebih2 membantu negara luar yg dpt musibah tpi musibah spnjang hidup rkyat sndiri xdibntu..heran wahai para pemimpin 1M'sia, smut yg jauh nmpak tpi gajah dpan mata mati brgelimpangan pun xnampak..
yg heran tu mana perginya ketua kg@imam kt situ? tdo ke ape...?sbb tu la ramai saudara yg br msuk Islam balik semula ke agama asal diorg.
ReplyDeleteorg kg pun satu jgk, dah tau diorg ssh, g la tlg bkn nye g dengki lagi kt org tu.
kalau diorg msk smula agama asal diorg sbb sll kna hina,dengki ngan org seagama ngan diorg, mknanya satu kg akan dpt dosa...
2 la manusia akhir zaman...
ReplyDeletealhamdulillah !!
ReplyDeleteconvert to ISLAM ..
woi kerajaan,,ap guna umat islam byr zakat klu bkn untok tlng orng...engt la skit deme 2 mualaf....
ReplyDeleteduk s'ngor dpt air free..kan best k'jaan s'ngor.
ReplyDeleteAku pun tak paham. Kerajaan pungut zakat berjuta-juta tapi masih ada orang miskin di Malaysia ni. Mana pegi duit tu? Aku pun setuju dgn kata-kata Kuda Laut.
ReplyDelete“Manakala bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan hanya mampu menampung perbelanjaan dapur selain persekolahan anak,” katanya ketika menerima kunjungan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pasir Gudang, kelmarin.
ReplyDeleteHadir menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada keluarga itu, Bendahari Umno bahagian Pasir Gudang, Rosli Mohamad dan Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda bahagian itu, Mohd Khalimi Mohd Lia Khad Ali.
tuh bukan bantuan ker??? buta ker ape? mmg la tak cukup...tu la gunanya bermasyarakat tolong menolong...nih asyik tya kerajaan bantu apa? cuba tya diri tuh dah tolong apa untuk masyarakat...suka hati jer kutuk kerajaan...kdg2 Allah menguji tahap kesabaran...dan keimanan seseorang...suka sangat hentam kerajaan...mcm la diri sendiri tu byk sgt sumbangan...muhasabah diri...
kat selangor bukan jer air free...ladang babi pon besar....bangga la sgt...
ReplyDeletebila susah baru mau masuk islam...kalau kaya mesti nandek besar penumbuk hayun loceng malam2...keling ni banyak dia punya auta....
ReplyDeleteburuk mana pun keling ataupun apa sekalipun yg kamu semua anggap..kita just berdoa dan membantu,
ReplyDelete