Saturday, November 28, 2009

Elak sekat dagang kerana iklim


KAPAL Serenade of The Seas yang menjadi tempat
berlangsungnya forum Majlis Perniagaan Komanwel.


PORT OF SPAIN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha mempromosikan perubahan iklim perlu konsisten dengan mengekalkan kebebasan dan keterbukaan perdagangan serta pelaburan global, tanpa mewujudkan sekatan baru kepada perdagangan dan pelaburan.


NAJIB berucap pada sesi penggulungan forum Majlis Perniagaan Komanwel di atas kapal
'Serenade of The Seas' di Port of Spain semalam.


Perdana Menteri turut menggesa kepada perubahan dalam sistem perindustrian, model perniagaan, andaian ekonomi, peraturan pasaran dan kerangka tadbir urus bagi menangani cabaran yang dibawa oleh kemerosotan alam sekitar.




"Kita tidak boleh beroperasi dalam keadaan seperti biasa. Kerajaan dan sektor swasta perlu melakukan perubahan dalam cara kita beroperasi," kata beliau dalam ucaptamanya kepada Majlis Perniagaan Komanwel di sini kelmarin.

Beliau berkata, pelbagai komitmen yang ada di bawah perdagangan perlu ditangani dengan cara yang komprehensif dalam menguruskan agenda pembangunan negara-negara membangun selain langkah untuk mengurangkan perubahan iklim.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: