Sunday, November 29, 2009

Kereta api disabotaj, 39 terbunuh


Beberapa pegawai penyiasat dan petugas penyelamat memeriksa gerabak yang rosak teruk dalam nahas kereta api di Uglovka kelmarin.


LEBIH 39 orang terbunuh manakala 100 lagi cedera setelah sebuah kereta api ekspres tergelincir di sini lewat kelmarin.

Para pendakwa raya di Rusia semalam berkata, satu kertas siasatan dibuka berikutan kenyataan syarikat pengendali kereta api berkenaan yang mendakwa kejadian tersebut berpunca daripada sabotaj.

"Satu letupan dipercayai menjadi punca Nevsky Express tergelincir," kara Ketua Russian Railways, Vladimir Yakunin.

Beliau kemudian berkata, para penyiasat percaya kemalangan itu berpunca daripada aktiviti pengganas.

Nevsky Express yang membawa 661 penumpang dari Moscow ke St Petersburg tergelincir pada pukul 9.34 malam waktu tempatan di Uglovka, iaitu sebuah pekan yang terletak 350 kilometer ke utara Moscow.

Menteri Kesihatan Tatyana Golikova berkata, hampir separuh mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian kelmarin itu merupakan nahas kereta apai paling buruk dalam sejarah Rusia sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap serangan pemberontak di negara tersebut.

"Etnik Chechen secara tradisi menjadi tumpuan siasatan nahas seperti ini, tetapi, nahas juga mungkin akibat infrastruktur yang sudah usang," kata Ketua Pusat Maklumat Politik, Alexei Mukhin.

Yakunin menambah, letupan berkenaan hampir serupa dengan satu kejadian pada Ogos 2007 yang menyaksikan kereta api sama tergelincir mengakibatkan lebih 30 cedera.

Pendakwa raya berkata, seramai dua penduduk Ingushetia ditahan dan dituduh membantu serangan tersebut.

Bekas pegawai tentera Chechnya, Pavel Kosolapov yang menjadi sekutu kuat pemimpin Chechen, Shamil Basayev didakwa mendalangi seranan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: