IKON GOLF, Tiger Woods terbabit dalam satu kemalangan gara-gara berperang mulut dengan isterinya, Elin Nordegren di luar kediaman mereka di Florida, lapor sebuah akhbar semalam.
Pertengkaran itu dipercayai ekoran laporan akhbar yang mendakwa Woods menjalin hubungan intim dengan seorang pelayan, Rachel Uchitel, 34.
Wood keluar dari rumahnya dalam keadaan sangat marah sambil memandu sebuah kenderaan utiliti sukan tetapi dia hanya sempat memandu beberapa minit setelah kenderaan Cadillac Escalade yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok awal pagi Khamis lalu.
Berikutan itu, Nordegren yang merupakan bekas model dari Sweden, terpaksa memecahkan tingkap kenderaan tersebut dengan batang golf untuk mengeluarkan suaminya.
Bintang golf yang dilaporkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.7 bilion) itu dikejarkan ke hospital tetapi dibenarkan keluar pada hari yang sama selepas hanya mengalami kecederaan ringan pada mukanya.
"Woods berada dalam keadaan baik. Saya dimaklumkan bahawa kecederaan yang dialaminya tidak serius," kata Datuk Bandar Windermere, Gary Bruhn.
Polis bingung mencari punca kemalangan tersebut kerana siasatan awal mendapati Woods iaitu atlet profesional dengan gaji paling mahal di dunia, tidak mabuk atau memandu laju.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: