Saturday, November 28, 2009

Atlet Olimpik buka kilang dadah

BRISTOL - Bintang judo ternama Britain, James Waithe, 47, didakwa di mahkamah kerana menjadikan flat miliknya sebagai kilang dadah, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang pernah mewakili Barbados pada Sukan Olimpik dan mewakili England pada Sukan Komanwel merupakan sebahagian geng penjenayah yang menjual kokain bernilai £1 juta (RM5.62 juta) seminggu.


WAITHE


Polis pada mulanya dipanggil untuk menyiasat satu kes kecurian di flat yang didiami Waithe di Highridge Green sebelum menemui kilang lengkap dengan dadah dan senjata api.

Mereka juga menjumpai penekan hidraulik seberat 10 tan, serbuk putih dan alat pemotong selain pelbagai jenis senjata termasuk senapang, pistol, bom tangan dan peluru.

Waithe memberitahu sebuah mahkamah di sini yang dia membeli flat di situ tetapi tidak pernah tinggal di sana apatah lagi tiada kaitan langsung dengan aktiviti jenayah serius tersebut.

Namun Waithe disabitkan bersalah atas dakwaan bersubahat untuk membekalkan dadah dan didapati tidak bersalah atas tuduhan memiliki sejumlah bahan letupan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: