|
|
PENYANYI dangdut Cici Faramida yang kini dalam proses menuntut cerai daripada suaminya Ahmad Suhaebi menuntut harta sebanyak Rp5 miliar ataupun bersamaan RM1.5 juta.
Tuntutan yang dilakukan oleh Cici meliputi nilai harta dan juga kerugian dari segi material dan bukan material yang ditanggung Cici sejak berkahwin dengan Suhaebi April lepas.
Pernikahan yang dilakukan di Masjidil Haram, Mekah itu rupanya tidak kekal lama kerana Cici telah menangkap suaminya bersama wanita lain dan di sini berlaku kekerasan terhadap Cici yang mengakibatkan kecederaan terhadapnya. Selepas peristiwa tersebut Cici nekad untuk menuntut cerai dari Suhaebi.
Namun tuntutan itu tidak disetujui oleh pihak Suhaebi dan dia hanya ingin memberikan nafkah sebanyak Rp5 juta (RM1,500) sebulan sepanjang tempoh kes mereka masih diadili di mahkamah.
Menurut peguam Suhaebi, Ribay Apin Nasution, pihaknya telah mengemukakan bukti mengenai pernyataan Cici semasa kejadian kekerasan tersebut berlaku bahawa dia tidak inginkan harta sebaliknya hanya inginkan perceraian sahaja.
Bukti tersebut dinafikan oleh Cici dan mengangap bahawa kenyataannya pada waktu itu telah disalahtafsirkan oleh wartawan sedangkan dia memang ingin menuntut ganti dari segala kerugian yang dialaminya. Cici juga berharap agar segala proses perceraiannya akan berlangsung dalam waktu yang singkat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: