Sunday, November 29, 2009

Geri malu angkara gay


GERI HALLIWELL


GARA-GARA menyangka semua pendandan rambut lelaki adalah dari kalangan gay, Geri Halliwell akhirnya malu besar.

Kisahnya Geri sedang menunggu seorang pendandan rambut yang datang untuk merias rambutnya di kediamannya di London. Apabila loceng berbunyi dia terus bergegas ke pintu tanpa mempedulikan dirinya yang ketika itu hanya memakai coli dan seluar pendek.

Sangka Geri, pendandan rambut itu seorang gay tetapi dia terkejut besar apabila mendapat tahu lelaki itu seorang heteroseksual yang sememangnya meminati kaum perempuan.

"Dia (Geri) menyangka semua pendandan rambut adalah gay, jadi dia ingat saya juga seorang gay. Tapi saya bukan gay, malah saya suka dengan perempuan," ujar pendandan rambut yang tidak disebutkan namanya itu kepada akhbar Daily Star.

Namun, bekas anggota Spice Girls itu terus berubah sikap apabila mengetahui pendandan rambut itu bukan lelaki gay.

Tambah pendandan rambut tersebut: "Sungguh memalukan melihat Geri dalam keadaan memakai coli dan seluar pendek itu, jadi saya menyuruhnya menyarungkan pakaian supaya saya boleh fokus dengan kerja saya. Dia kemudian nampak seperti menahan malu yang amat sangat."

"Saya mulai berasa sangat tidak selesa berada dalam kediaman Geri. Tidak memeranjatkan, apabila dia tidak lagi menggunakan khidmat saya selepas itu, sebaliknya khidmat pendandan rambut gay yang juga rakan saya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: