Saturday, November 28, 2009

Kemasukan 'Pak Hitam' ditapis - Usaha bendung kegiatan jenayah di kalangan warga Afrika


SEKUMPULAN pelajar warga Afrika yang melepak di sebuah kafe di Kajang.


KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin mengambil pendekatan mengurangkan bilangan pelajar dari Afrika secara drastik mulai tahun depan dalam tindakan membendung kegiatan jenayah yang membabitkan kumpulan warga benua tersebut di negara ini.

Cadangan itu dicetuskan setelah kerajaan meneliti kadar peningkatan jenayah di kalangan warga yang dikenali 'Pak Hitam' itu semakin menjadi-jadi terutama mereka yang berstatus pelajar.

Untuk rekod, seramai 56,240 warga Afrika memasuki Malaysia tahun ini dan daripada jumlah itu, Jabatan Imigresen telah mengambil tindakan undang-undang ke atas 128 orang atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Warga Nigeria paling banyak terbabit dalam jenayah iaitu sebanyak 48 peratus daripada 128 yang ditahan diikuti Sudan (18 peratus) dan Somalia (13 peratus).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: