Thursday, June 23, 2011

Teknik betul hasilkan kek menarik


SITI SALEHA di hadapan kedainya, My Mums Bakery di Subang Perdana semalam.


KUALA LUMPUR – Penggunaan teknik yang betul ketika membuat kek merupakan kunci kepada penghasilan kek yang sedap dan menarik perhatian ramai.

Pemilik My Mums Bakery di Subang Perdana, Siti Saleha Idris, 31, berkata, pengalaman selama lima tahun sebagai pembuat kek telah memberi banyak pengajaran kepadanya untuk membuat kek yang dapat menarik minat pelanggan melalui teknik yang betul.

“Kesabaran ketika mengadun bahan-bahan kek mengikut sukatan yang betul serta mendahulukan bahan tertentu akan menghasilkan kek yang lembut dan rasa yang asli.

“Sukatan dalam penggunaan minyak jagung Daisy juga penting kerana jika terlebih, kek akan rosak dan tidak menarik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: