Friday, June 24, 2011

Ruwaida pertaruh Kek Lobak Daisy


Kek lobak berserat tinggi Daisy yang menjadi pertaruhan Ruwaida pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 di AEON AU2, Setiawangsa Ahad ini.


KUALA LUMPUR - Meskipun tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan membuat kek dan biskut sebelum ini, ia tidak menghalang Ruwaida Nor Ramli, 24, dari Shah Alam untuk mencuba nasib pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 bagi Zon Tengah yang bakal berlangsung di pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa Ahad ini.

Ruwaida yang bekerja sebagai Pembantu Chef di Hotel Empire, Subang Jaya berkata, penyertaan pertamanya itu bukan satu masalah besar kepadanya kerana dia sudah mempunyai pengalaman hampir dua tahun membuat kek.

"Saya masuk cabaran ini kerana minat yang mendalam dalam penghasilan pelbagai jenis kek selain ia merupakan satu tugas harian.




"Kek lobak berserat tinggi Daisy yang bertemakan Alam Fantasi akan menjadi pertaruhan saya pada cabaran ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Untuk tujuan itu, katanya, dia akan menggunakan pelbagai bahan termasuk bijirin dan minyak jagung Daisy untuk menghasilkan kek itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: