Monday, June 6, 2011

‘Membunuh’ masa depan pendidik

SEHARUSNYA BEGINI...pelajar seharusnya menikmati alam persekolahan dengan gembira, bukan disogokkan dengan pelbagai masalah.
SEHARUSNYA BEGINI...pelajar seharusnya menikmati alam persekolahan dengan gembira, bukan disogokkan dengan pelbagai masalah.

APABILA wujud cadangan memotong beberapa perbelanjaan pendidikan yang membabitkan guru di Delaware County, Amerika Syarikat, ramai pihak menzahirkan rasa tidak puas hati dan menganggapnya sebagai kejam.

Ada pula yang menuduh pihak berkepentingan melakukannya atas tujuan peribadi, bukan untuk ‘menyelamat�kan’ ekonomi mahu pun masa depan dunia pendidikan.

  • Foto

    CARI JALAN...krisis yang melanda akan memberi kesan mendalam pada guru sehingga mampu menjejaskan tanggungjawab.

  • Foto

    TIADA LAGI KEMUDAHAN...pemotongan akan menyebabkan pelajar terpaksa melupakan banyak impian kerana banyak kemudahan akan ditarik balik.

  • Foto

    PASTI TERTEKAN...guru pasti tertekan dengan keputusan diambil sekali gus merendahkan lagi produktiviti untuk mendidik pelajar.

  • Foto

    APA AKAN JADI...kekurangan bajet akan menyaksikan pelajar kehilangan peruntukan untuk menyertai pelbagai kegiatan yang boleh membangunkan kemampuan diri.

“Apakah dengan melaksanakan pemotongan itu boleh membantu menyelesaikan masalah atau hanya menghuru harakan lagi kehidupan masyarakat terutama guru?

“Mereka membuat kesimpulan dengan mudah, tapi bagaimana pula dengan golo�ngan yang terpaksa menerima akibatnya? Adakah mereka terfikir mengenai kemungkinan yang harus ditanggung orang lain terutama pelajar?


“Kemungkinan ia menjejaskan lagi mutu pendidikan sedia ada dan mereka tidak bersalah sebagai mangsa keadaan. Sudah tentu masalah tidak selesai, malah tambah meruncing,” bidas Presiden Persatuan Pendidikan Negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat, Linda Cook.


Cadangan pemotongan itu berdasarkan kajian rambang dilakukan terhadap golongan tertentu di Delaware County yang menganggap perlu dilakukan kerana keadaan ekonomi kurang memberangsangkan.

Alasan diberikan setiap guru perlu melaksanakan tugas dengan ikhlas tanpa mengharapkan bayaran tinggi, malah bertujuan melihat sama ada mereka melaksanakan tanggungjawab itu kerana minat atau bayaran.

Bagaimanapun, Cook berkata soal itu tidak relevan meski�pun guru turut menyumbang terhadap pembangunan masya�rakat, mereka memerlukan bayaran setimpal atas tugas yang sudah dilaksanakan.

“Soalnya, mereka sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan semestinya menikmati bayaran setimpal. Jangan persoalkan mengenai profesionalisme kerana itu perkara lain.

“Perkara perlu dipersoal dan diperjelaskan adalah mengapa mesti dilaksanakan pemotongan itu sedangkan ada golongan lain bakal mendapat manfaatnya. Adakah ini bermakna guru tidak menyumbang apa-apa hingga mudah dipermainkan?” katanya.

Jika dilaksanakan, cadangan itu juga boleh mewujudkan masalah lain antaranya penambahan pelajar dalam kelas yang dilihat tidak konsisten dan membebankan guru serta sekolah.

Ia juga menjejaskan perjalanan subjek tertentu ditambah dengan guru yang terbabit perlu berhenti mengajar, merencatkan lagi perkemba�ngan teknologi, malah bakal berdepan risiko aktiviti sosial pelajar.

Menurutnya, impak keterlaluan itu mungkin tidak dapat dilihat dalam tempoh singkat, tetapi kesannya lebih ketara untuk jangka masa panjang.

“Apa dilakukan boleh ‘membunuh’ masa depan guru, institusi dan pelajar secara perlahan-lahan. Mudahlah membuat keputusan kerana kesannya bukan sekelip mata.

“Mereka dengan senang hati membuat keputusan demi kepentingan diri. Adakah terfikir nasib dan bebanan ditanggung guru sekiranya pemotongan itu dilaksanakan?

“Lebih penting lagi bagaimana nasib pelajar yang sememangnya memerlukan perbelanjaan tambahan bukan saja untuk pembangunan akademik malah kokurikulum? Adakah mereka memikirkan kemungkinan ini,” soalnya.

Dalam cadangan itu penjimatan sebanyak satu juta dolar dijangka dapat dikumpulkan sementara segala perbelanjaan tidak munasabah membabit�kan kakitangan sekolah awam bakal dibekukan, sekali gus turut menyumbang kepada jumlah sasaran.

Meskipun menerusi kertas kerja dibentangkan pelbagai sebab mengapa ia perlu dilaksanakan, namun bagi guru ia bagaikan satu penghinaan terhadap kerjaya berkenaan.

Presiden Pertubuhan Pendidikan Radnor Township, Carla Skuchas, merasakan cadangan itu satu hukuman tidak berasas kepada guru kerana pada masa sama masyarakat sangat mengharapkan sumbangan golongan itu untuk mendidik anak mereka.

Menurutnya adalah tidak adil apabila guru yang banyak me�nyumbang jasa diperlakukan sedemikian kerana masih banyak lagi cara boleh dilakukan untuk mengelakkan pembaziran.

“Persoalannya mengapa guru? Mengapa bukan perkara lain yang dilihat lebih membazir hingga menyusahkan rakyat.

“Apabila pendidikan disentuh, secara tidak langsung tentunya merujuk kepada hak guru, pelajar dan sekolah yang secara asasnya tidak boleh diganggu bagi mengelakkan konflik.

“Ini berkaitan dengan masa depan dan mungkin mereka yang menggubal cadangan itu tidak melihat secara telus tapi apakah yang bakal berlaku seterusnya. Adakah jaminan boleh diberikan selepas ini tiada lagi konflik yang bakal melanda?” katanya.

Skuchas yang juga guru di sebuah sekolah percaya tindakan itu berdasarkan sokongan terhadap pelaksanaan pemotongan serupa yang dilakukan di Wisconsin dan New Jersey.

“Hingga kini, guru sedaya upaya cuba memahami mengapakah pemotongan ini perlu dilakukan, malangnya jawapannya adalah ketidakadilan kepada kami,” katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Penyelidikan Pertubuhan Komenwel Bahagian Polisi Awam, Nate Benefield, mempunyai pandangan berbeza dan menganggap guru perlu berkorban dan tidak terlalu berkira.

Menurutnya pemotongan itu perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada perkara lebih bermanfaat untuk jangka panjang demi penambahbaikan sistem pendidikan sedia ada.

“Tuduhan tanpa bukti itu sangat keterlaluan kerana kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Mereka sudah sedaya upaya memberi penerangan jelas, namun ditolak dengan persepsi tidak betul.

“Ini sekali gus mencerminkan tahap profesionalisme dan integriti masih rendah selain boleh dipersoalkan. Apapun perlu akur dengan segala keputusan biarpun tidak memihak pada guru,” katanya.

1 comment:

  1. Diharap senario begini tidak berlaku di Malaysia. Sebagai warga pendidik,saya juga terkena tempiasnya.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: