Thursday, June 2, 2011

Kerdil gangguan genetik


semakin ramai golongan orang kerdil yang berjaya hingga ke menara gading. - Gambar hiasan


SECARA umum, kekerdilan dibahagikan kepada dua kategori iaitu, kerdil anggota tidak seimbang, di mana beberapa bahagian badan lebih kecil atau lebih besar daripada orang lain disebabkan perencatan dalam pertumbuhan tulang.

Manakala kategori yang lain pula, ialah kerdil normal, di mana saiz badan lebih kecil di semua bahagian.

Purata ketinggian seorang dewasa kerdil ialah 4 kaki (1.2 meter), tetapi kemuncak mereka dijangkakan berada pada ketinggian 2 kaki 8 inci (85 sentimeter)

Di Malaysia, mana-mana lelaki di bawah 4 kaki 8 inci (1.5 meter) dan perempuan di bawah 4 kaki 6 inci (1.4 meter) dianggap sebagai orang kerdil dan mereka dikategorikan di bawah Orang Kurang Upaya (OKU).

Kekerdilan biasanya berlaku oleh kerana gangguan genetik yang disebabkan oleh gen-gen yang tidak dikenali.

Kebanyakan kes kekerdilan berlaku akibat satu mutasi genetik rawak dari sperma bapa atau telur milik ibu.

Ini kerana, kedua ibu bapa normal boleh menghasilkan anak yang kerdil manakala dua ibu bapa kerdil pula boleh menghasilkan anak yang normal.

Kekerdilan datang dari semua latar belakang kehidupan dan etnik. Lebih daripada 80 peratus orang kerdil yang dilahirkan demikian datang dari keluarga normal.

Kedua ibu bapa mereka normal dengan bersaiz sederhana walaupun tiada sejarah kekerdilan dalam keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: