PUNCA KELEMUMUR...Vicky menerangkan punca berlakunya kelemumur di kawasan kulit kepala.
KELEMUMUR adalah masalah kesihatan kulit kepala biasa yang sering dialami kebanyakan penduduk negara ini.
Daripada kajian yang dilakukan mendapati 39 peratus rakyat Malaysia atau seorang daripada dua orang rakyat negara ini mengalami masalah kelemumur.
Walaupun diketahui kelemumur dapat diatasi dengan penggunaan produk tertentu, ia dikatakan menjadi masalah kompleks dan menimbulkan masalah besar kepada wanita berbanding lelaki yang lazimnya bimbang mengenai keguguran rambut mereka.
Masalah kelemumur sebenarnya berkait rapat dengan cara seseorang itu menjaga permukaan kulit kepala masing-masing.
Ramai yang sering melupakan permukaan yang menutupi bahagian kepala kerana ia dilitupi rambut dan tidak kelihatan. Pengabaian itu menyebabkan lebih 60 peratus warga dunia mengalami masalah kelemumur dan pelbagai masalah lain berkaitan kulit kepala.Masalah itu berlaku kepada semua tidak mengira jantina atau umur dan boleh menyebabkan seseorang itu kurang berkeyakinan apabila berada di khalayak ramai.
Bagi mengatasi masalah berkenaan, syampu antikelemumur, Clear bekerjasama dengan Akademi Dermatologi Antarabangsa (IACD) untuk menghasilkan kaedah penyelesaian terbaru untuk tujuan pemulihan dan kesuburan kulit kepala.
Kajian yang memakan masa empat tahun itu menghasilkan penyelesaian unik iaitu Nutrium 10 bagi penjagaan kulit kepala wanita dan Pro Nutrium 10 untuk lelaki.
Ia adalah rumusan penjagaan kulit kepala inovatif yang merawat punca masalah iaitu lapisan pelindung kulit kepala yang rosak dan lemah.
Pengurus Jenama Clear, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Vicky Lim, berkata terdapat perbezaan ketara antara jantina dan keperluan kulit kepala.
Ujian dan kajian semasa yang dijalankan mendapati kulit kepala lelaki dan wanita berbeza daripada segi fisiologi.
Penemuan ini mendorong saintis Clear untuk membentuk dan mengolah rumusan Nutrium 10 mereka bagi menepati keperluan spesifik lelaki dan wanita.
Kata Vicky, Clear Nutrium 10 membantu untuk menangani masalah kulit kepala berbanding syampu biasa yang hanya membilas kepingan kelemumur iaitu penyelesaian sementara.
Akademi berkenaan juga mengesahkan Nutrium 10 sebagai penemuan pendekatan pertama terhadap penjagaan kulit kepala, yang memberi sinar baru dalam masalah penjagaan kulit kepala.
“Rumusan penjagaan kulit kepala baru ini menangani isu perlindungan kulit kepala dengan tiga langkah iaitu menyingkirkan kulat yang mengakibatkan kelemumur dan kemudiannya meletakkan bahan aktif antimikrobial di seluruh kulit kepala.
“Bahan berkenaan akan menembusi kulit kepala sedalam tiga lapisan bagi tujuan pemulihan, memberi khasiat serta perlindungan bagi membina sistem pertahanan untuk melawan kulat yang mengakibatkan kelemumur (Malassezia).
“Penggunaannya yang berterusan dapat membantu memberi rawatan optimum untuk setiap helaian rambut, sekali gus menjadikan serat rambut lebih lembut, licin dan mudah diurus,” katanya pada majlis pelancaran di ibu negara, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Pemasaran (Bahagian Rambut) Malaysia, Singapura,
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Ashlee Ng dan pakar rambut dari Thailand yang juga ahli IACD, Dr Thanaruch Thanakorn.
Sains di sebalik Nutrium 10 adalah gabungan unik vitamin dan mineral yang direka untuk merawat tiga lapisan di dalam kulit kepala dan bukan sekadar di permukaan saja.
Nutrium 10 mengandungi vitamin B6, C dan E serta mineral, asid amino dan bahan aktif yang memulihara kulit kepala seperti zink pyrithione dan bahan penjagaan serat seperti panthenol untuk penjagaan kulit kepala yang menyeluruh.
Bahan berkenaan bukan saja memperkayakan permukaan kulit kepala dengan bahan berkhasiat, malah ia turut menyihatkan rambut wanita.
“Pro-Nutrium10 untuk lelaki adalah satu adunan asas 10 pro vitamin, nutrien mineral untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati di kulit kepala, memberi khasiat kepada kulit yang dibersihkan dan meningkatkan keupayaan perlindungan semula jadi kulit kepala bagi melawan kelemumur, kegatalan serta keguguran rambut.
“Syampu ini memiliki keupayaan melawan kelemumur yang dua kali ganda lebih pantas bagi menyerap hingga tiga kali ganda lebih dalam kulit kepala berbanding syampu biasa.
“Kulit kepala yang sihat dan rambut yang cantik sememangnya mampu menyerlahkan lagi kecantikan dan keyakinan seseorang,” katanya.
Rangkaian Clear dengan Nutrium 10 berkenaan boleh didapati di semua farmasi terkemuka, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara pada harga RM4 untuk botol 80 mililiter (ml), RM11 untuk 180 ml, RM18.50 (350 ml) dan RM36 (700 ml).
lagi info tentang kelemumur di SIHAT SELALU - Punca Kelemumur Pada Rambut
ReplyDelete