Tuesday, November 17, 2009

Tidak sehaluan lagi


PRIYANKA CHOPRA dan Shahid Kapoor.


PASANGAN kekasih Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra yang mula bercinta semasa menjalankan penggambaran filem Kaminey sudah berpisah baru-baru ini. Disebabkan masalah keserasian, Shahid terpaksa menamatkan hubungan mereka.

Priyanka terkenal sebagai aktres yang suka berparti, manakala Shahid pula seorang pemalu dan suka bersendirian. Kerana itu, aktor kacak tersebut berpendapat Priyanka bukan wanita yang sesuai untuk hidupnya.

Menurut satu sumber, "Mereka sering bergaduh dan Priyanka sudah muak. Dia sering jatuh sakit kerana tidak dapat menanggung tekanan yang diberikan oleh Shahid.

"Selepas bercinta selama beberapa bulan, pasangan itu akhirnya berpisah. Keputusan untuk menamatkan hubungan itu dibuat oleh Shahid dan Priyanka amat sedih."

Bagi mengubati hatinya yang lara, Priyanka sering menghabiskan masa dengan kawan-kawannya.

Kata salah seorang rakannya: "Shahid tidak pernah komited dengan hubungan itu sepenuhnya. Ini kerana dia tahu bahawa hubungan itu tidak akan bertahan lama."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: