
AMPANG - Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan sebanyak sejuta belia di negara ini melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan menjelang tahun depan selari dengan program Gaya Hidup Rakan Muda.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai memandangkan setakat ini terdapat kira-kira 500,000 belia yang sudah berdaftar dengan pelbagai persatuan belia di negara ini.
"Justeru, pihak kementerian akan mengambil beberapa pendekatan yang efektif untuk menarik belia terlibat dalam persatuan yang menjanjikan pelbagai aktiviti yang berfaedah," katanya.
Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Karnival Rakan Muda Sektor Perbandaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa di sini semalam.
Daripada rekod Pertubuhan Belia Malaysia, negara mempunyai sebanyak 2,445 buah persatuan belia yang aktif, 278 buah persatuan belia yang baru ditubuhkan dan 1,532 buah persatuan belia yang dibatalkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: