Tuesday, November 3, 2009

Restoran hasil bebola daging gergasi


MATTHEW MITNITSKY (tengah) bergambar bersama bebola daging gergasi terbesar dunia di Concord, New Hampshire kelmarin.


CONCORD - Seorang pemilik restoran di pantai timur Amerika Syarikat (AS), Matthew Mitnitsky boleh berbangga setelah disahkan menghasilkan bebola daging terbesar di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelmarin, pemilik restoran Itali bernama Nonni itu memberitahu, bebola daging seberat 101 kilogram itu dengan rasminya disahkan sebagai terbesar di dunia oleh beberapa pegawai Guinness Book of World Records.

Rekod bagi kategori sama sebelum ini ialah 90 kilogram dan dicatat lebih sebulan lalu selepas seorang hos rancangan perbualan AS, Jimmy Kimmel berikrar untuk memecahkan rekod lama yang dicatat di Mexico.

Bebola daging yang dihasilkan di Mexico pada Ogos lalu itu memiliki berat cuma 50 kilogram.

Mitnitsky berkata, dia berazam mengembalikan catatan rekod bebola daging ke pantai timur AS kerana ia merupakan tempat asal makanan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: