Monday, November 16, 2009

Polis sasar kaki, terkena dada




KANGAR - "Anggota polis yang melepaskan tembakan itu menyasarkan pada kaki suspek, namun keadaan suspek ketika itu yang tidak statik sebaliknya bergerak-gerak telah mengakibatkan tembakan terkena dada."

Demikian penjelasan Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa (gambar) mengenai tindakan anggota polis yang melepaskan tembakan yang terkena dada seorang pemuda yang mengamuk di Guar Sanji dekat Arau kelmarin.

Menurut beliau, pihaknya mempertahankan tindakan yang diambil anggota tersebut dan yakin polis telah mengikut prosedur yang dikehendaki dalam menangani sebarang kejadian amuk.

"Anggota yang melepaskan tembakan itu berpangkat koperal dan seorang yang berpengalaman, manakala ketika kejadian Ketua Balai Polis Arau turut berada di situ.

"Kita telah cuba memujuk suspek lebih daripada satu setengah jam dan keadaan dia semakin liar sehingga menyerang polis, malah tembakan amaran juga tidak diendahkan," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: