BEIJING - Sejurus Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mendarat di sini bagi lawatan rasmi ke China kelmarin, tugas pertamanya ialah urusan keluarga.
Sebelum menghadiri majlis makan malam rasmi bersama Presiden China, Hu Jintao, pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan adik tirinya, Mark Ndesandjo dan isterinya.
Ndesandjo ialah adik lelaki Obama hasil perkahwinan ketiga bapanya dengan seorang wanita berketurunan Yahudi, Ruth Nidesand.
Ndesandjo menggambarkan pertemuan pada Isnin lalu sebagai menggalakkan dan dipenuhi emosi kerana dia sering menunggu peluang untuk bertemu Obama.
"Beliau turun dari pesawat, menyalin pakaiannya dan terus berjumpa kami. Obama memeluk erat saya dan isteri," kata Ndesandjo.
|
|
Kedua-dua beradik sebapa itu sebelum ini bertemu buat kali pertama semasa Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden AS di Washington pada 20 Januari lalu.
Ndesandjo yang menetap di China sejak 2001 memperkenalkan isterinya yang merupakan warga tempatan.
Sementara itu, Obama terus memujuk China untuk berunding dengan Perdana Menteri, Wen Jiabao bagi membuka peluang untuk memberi tekanan terhadap Beijing mengenai isu ekonomi dan kadar tukaran yuan.
Lawatan Obama ke China menunjukkan isyarat muhibah terhadap penduduk republik itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: