Tuesday, November 3, 2009

Isteri Rooney hampir bersalin?


ROONEY dan isterinya, Coleen.


MANCHESTER - Ketiadaan bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris, Wayne Rooney dalam beberapa sesi latihan pasukan Manchester United (MU) mencetuskan spekulasi bahawa isterinya, Coleen akan bersalin pada bila-bila masa, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia berikutan laporan sebelum ini bahawa kandungan isteri bintang pasukan England tersebut kini sudah sembilan hari melebihi tarikh jangkaan bersalin.

Berdasarkan perkembangan tersebut, Rooney hampir pasti tidak akan beraksi membantu MU menentang kelab bola sepak Rusia, CSKA Moscow di Stadium Old Trafford, di sini hari ini.

Kelab Inggeris yang popular dengan jolokan 'Setan Merah' itu memiliki rekod cemerlang kemenangan 100 peratus dalam tiga perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara.

MU kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk membolehkannya beraksi pada pusingan kalah mati liga berkenaan.

Selain Rooney, dua lagi tonggak MU iaitu pemain pertahanan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic juga tidak dapat beraksi menentang CSKA Moscow kerana faktor kecederaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: