Thursday, November 19, 2009

Ibu bangga anak akui jadi pelacur


BROOKE


NEW YORK - Susan Levy berasa bangga kerana anaknya yang merupakan seorang saintis, Dr. Brooke Magnanti mengaku pernah menjadi pelacur baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu Brooke itu yang kini menetap di sebuah rumah ladang sederhana dekat Syracuse di sini berkata, pada mulanya dia terkejut apabila mendapat tahu anak tunggalnya itu membuat pengakuan tersebut.

Levy, 64, berkata, anaknya merupakan seorang penulis hebat dan gemar menulis sejak di zaman kanak-kanaknya namun berasa terperanjat apabila Dr. Brooke mengaku dia menulis mengenai pengalamannya sebagai pelacur dengan menggunakan nama samaran Belle de Jour di laman blog pada 2003 hingga 2004.

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar menyiarkan wawancara dengan Brooke yang mengaku dia merupakan penulis diari di Internet yang menceritakan kisah mengenai dunia pelacuran.

Dia yang kini berkerja di sebuah makmal di Bristol, England mengaku menjadi wanita teman sosial dengan bayaran £300 (RM1,697) untuk satu sesi seks bagi mencari wang untuk menyiapkan tesis kedoktoran pada 2003 di London.

Kisahnya itu kemudian dibukukan dengan judul The Intimate Adventures of a London Call Girl yang laris dijual.

Satu siri drama televisyen lakonan pelakon terkenal, Billie Piper yang berjudul Secret Diary of a Call Girl diterbitkan berdasarkan kisah buku itu.

Levy berkata, anaknya yang mendapat pendidikan di sebuah sekolah Katholik di Florida sebelum berpindah ke Britain, pernah menelefonnya pada minggu lalu bagi menceritakan isu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: