Wednesday, November 18, 2009

Bot nelayan dikesan di Pontianak


KERATAN Kosmo! 16 November 2009.


KUALA TERENGGANU - Bot nelayan tempatan yang hilang selepas dikejar dan ditembak di sempadan perairan Malaysia-Indonesia Khamis lalu dikesan berada di Pontianak, Kalimantan, Indonesia.

Bagaimanapun nasib tekong, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, dan empat rakannya, Musa Mohammad, 33; Ahmad Puad; 28; Mohd. Arif Rosli, 20, dan Ahmad Faizal Sulong, 23, masih tidak diketahui.

Abang mangsa, Che Wan Zainudin Che Wan Ngah, 36, berkata, dia mendapat maklumat tersebut daripada rakan-rakannya yang mengesahkan bot tersebut berada di Pangkalan Tentera Laut Indonesia.

"Kira-kira pukul 5 petang semalam (kelmarin), saya mendapat maklumat yang mengatakan bot adik saya ada di pangkalan penguat kuasa negara tersebut.

"Saya bimbang tentang nasib adik saya dan empat lagi rakannya yang tidak diketahui," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Che Wan Zainudin, dia masih menunggu dan berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: