Thursday, July 23, 2009

Rekod meluncur di roller-coaster


DIRK meluncur dengan kasut roda.



DIRK tersenyum ketika meluncur dengan kasut roda.


STUTTGART - Seorang pelagak aksi ngeri, Dirk Auer, 36, menggemparkan dunia apabila beliau mencatat rekod dunia dengan melakukan aksi menggelungsur dengan kasut roda di landasan roller-coaster di sebuah taman tema di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Auer berkata: "Aksi lagak ngeri ini sangat bahaya kerana terdapat banyak faktor seperti kemungkinan berlakunya kemalangan.

"Landasan roller-coaster itu diperbuat daripada kayu dan besi. "Oleh itu kemungkinan landasan tidak rata adalah tinggi. "Peluncur mungkin akan tersadung dan jatuh dari landasan lalu mati," ujarnya.

Dirk mengambil tempoh selama dua bulan untuk membuat perancangan bagi melakukan lagak ngeri sebelum melakukan aksi itu pada minggu lalu.

Kasut roda Dirk mencecah kelajuan 85 kilometer sejam dan dia membuat aksi itu dalam tempoh lebih seminit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: