Friday, July 31, 2009

Pokok tertua dapat pasu baru


SEBANYAK sembilan tukang kebun membantu memindahkan pokok seberat satu tan di Kew Garden, London.


LONDON - Sebanyak sembilan tukang kebun, sebuah kren dan perancangan selama tiga bulan diperlukan untuk memindahkan sebatang pokok besar yang ditanam dalam pasu di Kew Garden sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Pokok seberat satu tan itu dipercayai yang tertua di dunia hidup dalam pasu di dunia.

Seorang kakitangan di Kew Garden iaitu Wes Shaw berkata: "Pasu pokok itu pecah. Atas sebab-sebab kesihatan dan estetik, ia perlu dipindahkan."

Ia merupakan sejenis pokok palma yang ditanam di taman itu pada 1775 selepas ditemui oleh salah seorang anggota penjelajah Britain yang terkenal iaitu Kapten Cook di Afrika Selatan pada 1770-an.

Pokok setinggi 4.41 meter itu akan menerima pasu baru selepas pasu lama yang berusia 20 tahun pecah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: