Friday, July 31, 2009

Brown bergambar bersama peminat


GAMBAR menunjukkan Brown bergambar
bersama peminat-peminatnya di Paramus,
New Jersey.


NEWARK - Penyanyi terkenal, Chris Brown menemui beberapa peminatnya ketika membeli-belah kelmarin di Paramus, New Jersey, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi R n B itu gembira ketika bergambar bersama peminatnya ketika dia diiringi oleh beberapa anggota polis dan pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, bekas kekasihnya iaitu Rihanna yang terkenal dengan lagu Umbrella tidak berada di Paramus ketika Brown membeli-belah.

Sebelum ini Brown pernah meminta maaf secara terbuka kerana memukul Rihanna sehingga menyebabkan mukanya lebam dan luka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: