Friday, July 31, 2009

Filem Manohara akan ditayangkan




JAKARTA - Filem yang memaparkan sudut pandangan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berhubung isu penderaan isterinya, Manohara Odelia Pinot (gambar) akan ditayangkan pada Disember depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut pengarah filem itu, Kardy Syaid berkata, filem itu diberi nama Prahara Cinta Sang Pangeran.

Menurutnya, dia menemui beberapa sumber termasuk Tengku Muhammad Fakhry bagi mendapatkan maklumat sebelum membuat penggambaran.

"Sebelum membuat penggambaran, saya sempat bertanya kepada Tengku Muhammad Fakhry sama ada beliau menghiris dada Manohara.

"Tengku Muhammad Fakhry bilang bahawa Manohara menghiris-hiris hatinya," kata Kardy malam kelmarin.

Menurutnya, dia turut mempunyai video pernikahan antara Manohara dengan Tengku Muhammad Fakhry pada 26 Ogos lalu.

"Di sini kita dapat lihat betapa gembira riangnya dia (Daisy) iaitu ibu Manohara menyanyikan lagu Antara Anyer Dan Jakarta di hadapan raja," kata Kardy.

Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas dia mendakwa didera oleh suaminya itu.

Dia yang merupakan seorang bekas model kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri mengenai kisah hidupnya di Jakarta.

Produser filem itu, Soultan Saladin berkata, kos bagi menerbitkan filem tersebut tidak menggunakan wang bantuan daripada kerabat diraja Kelantan.

"Filem Prahara Cinta Sang Pangeran bukan muncul daripada keinginan pihak Tengku Muhammad Fakhry, tetapi 100 peratus dibiaya syarikat PH, Indonesia," tegas Soultan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: