Thursday, July 30, 2009

India diiktiraf pengeluar filem terbesar dunia

Dengan mengeluarkan lebih 1,000 jodol filem setahun, India atau Bollywood diiktiraf oleh sebuah badan pemantau pembikinan filem antarabangsa sebagai pengeluar filem terbesar dunia.

Jumlah ini melebihi gabungan pengeluaran Amerika Syarikat atau Hollywood, Jepun dan China. Menurut European Audiovisual Observatory (EAO) seperti yang dilaporkan oleh The Times of India, Bollywood mengeluarkan 1,132 filem pada 2007. Jumlah pengeluaran India pada 2008 tidak dinyatakan.

EAO melaporan Amerika Syarikat atau Hollywood menjadi pengeluar kedua terbesar pada 2008 dengan 520 buah filem, diikuti Jepun sebanyak 418 filem dan China 400 filem.

Turut dilaporkan, India mempunyai bilangan penonton terbanyak iaitu seramai 3.3 bilion tahun lalu, melebihi keseluruhan jumlah penonton di sembilan negara pengeluar utama filem dunia.

Menurut terbitan EAO, Focus 2009-World Film Market Trends, Amerika Syarikat hanya merupakan sebuah negara lagi yang mempunyai satu bilion penonton. Namun Bollywood dilaporkan tidak dapat bersaing dengan Hollywood dari jumlah kutipan box-office di mana Hollywood memungut US$9.7 bilion (RM33.95 bilion) tahun lepas, sementara Jepun sebanyak US$1.9 bilion (RM6.65 bilion). India pula memungut kutipan box-office sebanyak US$1.8 bilion (RM6.3 bilion) pada 2007, menurut terbitan EAO itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: