Thursday, July 30, 2009

Maut dipaksa minum cecair pencuci


Thinakaran


BUKIT MERTAJAM - Walaupun terselamat dalam dua kejadian kebakaran minggu lalu, kelmarin seorang peguam menemui ajalnya apabila dia dipercayai dipaksa minum sejenis cecair pencuci oleh sekumpulan lelaki.

R. Thinakaran Raman (gambar), 37, dari Bagan Ajam yang memiliki sebuah syarikat guaman di sini mati di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada pukul 11.40 malam kelmarin selepas sehari dimasukkan ke wad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Dr. Mohamad Shah Hussin Shah berkata, sebelum mati, mangsa Isnin lalu telah pergi ke sebuah kuil di Jalan Baru Perai dekat sini untuk bersembahyang.

"Semasa berada di dalam kereta di tempat letak kenderaan kuil itu, mangsa dipercayai telah didatangi empat lelaki yang menaiki sebuah kereta lain," kata beliau di sini semalam.

Menurut Mohamad Shah, keempat-empat lelaki berusia 30-an itu didakwa terus masuk ke dalam kereta mangsa dan memaksanya minum sejenis cecair bahan pencuci.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: