Friday, July 31, 2009

Manohara lantik dua firma guaman





KERATAN Kosmo! 21 Julai 2009.



Tengku Muhammad Fakhry


KUALA LUMPUR - Manohara Odelia Pinot yang terbabit dalam krisis dengan suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra melantik dua firma guaman untuk mewakilinya dalam dua kes Mahkamah Syariah dan satu kes saman di Mahkamah Tinggi.

Bagi kes di Mahkamah Syariah, Manohara akan diwakili Tetuan Faiz Adnan & Associates dengan tiga barisan peguam syarie diketuai Mohd. Faiz Adnan manakala Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates akan mewakili Manohara serta ibunya Daisy Fajarina dalam kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh firma guaman terbabit semalam menyebut, peguam dan wakil dari kedua-dua firma guaman telah bertemu dan berbincang dengan anak guam mereka (Manohara dan Daisy) di Jakarta pada 28 dan 29 Julai lepas bagi mendapatkan arahan seterusnya daripada mereka.

"Justeru, semua penyampaian saman, notis, dokumen dan surat-menyurat kepada anak-anak guam boleh diserahkan ke pejabat peguam-peguam berkenaan di sini," menurut kenyataan akhbar itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: