Maya Karin memang seorang pecinta alam sekitar yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam komitmennya terhadap usaha ke arah itu. Banyak sudah aktiviti yang diikutinya.
Komitmen Maya membawanya ke mana-mana. Terbaru dia akan ke Melbourne, Australia untuk menyertai Persidangan Asia Pasifik The Climate Project-Australia pada 11-13 Julai 2009.
Projek berkaitan persidangan isu pemanasan global itu anjuran bersama Pertubuhan Pemeliharaan Australia dan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.
Maya, salah seorang daripada 300 peserta terpilih untuk menyertainya. Maya dipilih daripada 2,000 pemohon yang rata-rata dari Australia dan wilayah Asia Pasifik.
Persidangan berbentuk forum ini akan memberi latihan kepada para peserta tentang sains dan penyelesaian kepada isu
perubahan iklim yang semakin mengancam kehidupan sejagat.
Ini adalah salah satu usaha dalam mewujudkan suatu suara antarabangsa untuk Persidangan Iklim UNCCC yang dijadualkan berlangsung di Copenhagen pada December 2009.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: