Friday, July 3, 2009

100 tiket percuma Konsert 1Wajah M. Nasir





M. NASIR


KUALA LUMPUR - Ada berita gembira buat pembaca setia akhbar Kosmo!. Penganjur Konsert 1Wajah M. Nasir bakal menghadiahkan tiket percuma kepada pembaca bertuah akhbar ini.

Selepas lebih 20 tahun tidak muncul dalam konsert berskala besar, Konsert 1Wajah M. Nasir bakal berlangsung di Stadium Negara di sini pada 25 Julai ini.

Sebanyak 100 tiket percuma konsert hebat M. Nasir yang bernilai hampir RM100 setiap satu menanti pembaca bertuah akhbar Kosmo!.

Konsert anjuran Maya Axis Creative itu bakal menampilkan persembahan paling hebat M. Nasir yang menyambut 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni.

M. Nasir juga bakal membawa konsep retrospektif dalam konsert yang dijangka dihadiri lebih 10,000 penonton.

Beliau dijangka mempersembahkan 29 lagu terbaik pelbagai genre ciptaan beliau yang menjangkau 500 buah lagu, termasuk lagu popularnya bersama kumpulan Kembara.

Untuk memenangi tiket berkenaan pembaca Kosmo! hanya perlu mengumpul lima keratan iklan Konsert 1Wajah M. Nasir yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! bermula hari ini sehingga 7 Julai ini untuk ditukarkan dengan satu tiket konsert.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: