Wednesday, May 20, 2009

Soseh Soseh: Gelagat adik cemar imej artis


KEHIDUPAN remaja yang disifatkan jauh menyimpang daripada adab sopan ketimuran dan agama seperti sudah menjadi perkara biasa pula S lihat sekarang ini.

Kadang-kadang SS malu pula dengan kaum lain yang dilihat lebih sopan dan menjaga tingkah laku mereka berbeza dengan kaum SS sendiri seolah-olah bangga dengan apa yang dilakukan seperti minum minuman keras, berpakaian seksi dan berpeluk lelaki perempuan sampai ke bilik tidur.

Kalau artis berbuat demikian memang cepat disebarkan dan selalu juga menjadi paparan SS. Baru-baru ini SS difahamkan, gambar adik penyanyi wanita bersama botol arak di satu kelab malam turut mencuri tumpuan ramai apabila disebarkan di Internet.

Mungkin adik artis ini tidak kisah kerana dia bukan artis dan ia tidak akan menjadi cerita besar tapi apabila dirinya sudah dikaitkan dengan artis, lambat laun akan diperkatakan juga.

SS tidak pasti motif sebenar adik artis itu berbuat demikian apakah memang itu sudah menjadi perkara biasa baginya atau mahu menarik perhatian orang dengan berbuat demikian.

Nampaknya mereka masih tidak serik dan dengan sesuka hati berbuat seperti itu sedangkan sudah banyak kejadian sebelum ini berlaku apabila gambar seperti itu disebarkan di internet

Bukan SS menuduh, manalah tahu adik artis ini mahu dikenali seperti kakaknya walaupun dengan cara seperti itu. Sepatutnya sebagai adik penyanyi popular, dia menjaga air muka kakaknya dan juga keluarganya. Apabila perkara ini berlaku, siapa yang malu, tentulah keluarganya.

Tidak tahulah SS kalau remaja kita sudah kalis malu hingga tidak segan silu melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.

Kepada penyanyi popular itu, SS rasa sudah tentu tidak senang dengan apa yang dilakukan adiknya kerana sedikit sebanyak turut mengaitkan namanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: