|
| SEPANJANG bulan ini, National Geographic Channel paparkan cerita menarik berkaitan alam semula jadi dan hidupan manusia dari seluruh dunia menerusi saluran Astro 553. |
Menerusi slot Lockdown, beberapa dokumentari baru dihidangkan untuk menambahkan pengetahuan penonton menerusi Kids Behind Bars, Alaska Bush Troopers, Sex Offenders dan Surviving Stateville sejak Ahad lalu.
Selepas dokumentari Kids Behind Bars yang disiarkan 5 Mei lalu mengenai kehidupan remaja bawah umur di Colarados Youthful Offender System (YOS) yang terbabit dengan gejala tidak bermoral, Ahad ini pula menyusul dokumentari Alaska Bush Troopers.
Dokumentari ini menyorot kehidupan banduan di Alaska. Walaupun negara itu jauh dari kemudahan lengkap, Alaska turut dihujani masalah orang jahat seperti pemandu mabuk, pencuri, pembunuh dan penjenayah seks.
Disebabkan negara ini jauh dari kemudahan, 12 penjara disediakan untuk menempatkan mereka yang membuat kesalahan di Alaska.
Seterusnya menerusi dokumentari Sex Offenders yang menemui penonton pada 19 Mei, memaparkan kehidupan di Fremont Correctional Facility, antara penjara terbesar dan paling sibuk di Colarado.
Di sebalik kemajuan bandar ini yang terkenal dengan pelbagai kilang, bengkel, pengeluaran makanan yang tinggi, separuh penjenayah seks yang berada di Fremont adalah penduduk di situ.
Pertubuhan Fremont cuba menangani masalah jenayah seks di situ dan mengajar banduan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan itu pada masa akan datang.
Manakala dokumentari Surviving Stateville yang menemui penonton pada 26 Mei, menyorot kehidupan banduan menjalani hukuman di penjara Stateville Correctional yang terbina pada 1936. Penjara ini menempatkan banduan amat berbahaya dan menjalani hukuman minimum 20 tahun.
Mereka dijatuhi hukuman kerana membunuh dan jenayah kejam yang dilakukan mereka ketika berada di luar. Namun, banduan ini masih dapat meneruskan kehidupan mereka di penjara melalui kasih sayang yang diberikan keluarga, kawan, suami dan sebagainya.
Ia turut memaparkan kisah hidup Simkatyah Winfield, pengedar dadah yang dipenjara selama 60 tahun kerana kesalahan membunuh. Bagaimanapun, dia dapat berjuang hidup di penjara ini kerana mempunyai bapa yang amat menyayangi dan mengambil berat mengenai dirinya.
Sementara itu dokumentari Ocean-Dangerous Catch yang akan disiarkan menerusi slot Strange Days On Planet Earth pada 24 Mei, memaparkan kehidupan ikan air dalam yang terancam disebabkan aktiviti penangkapan ikan secara berlebihan oleh nelayan perindustrian dan lanun. Penonton akan dibawa ke satu pantai di Namibia yangsebelum ini kaya dengan ikan namun hari ini mengalami masalah kekurangan hidupan air itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: