
“Saya ditaja dan dibela? Penat-penat saya bekerja. Kalau saya ditaja dan dibela buat apa saya nak bekerja lagi? Saya tak buat kerja macam itu, sungguh mengaibkan nama keluarga saya. Buat pengetahuan peminat saya ikhlas dengan kerja saya.
“Ke mana pun saya pergi, saya selalu jadi diri saya. Didikan yang saya terima sejak dari kecil lagi tak menggalakkan saya berkelakuan sebegitu, malah saya bukannya jenis hipokrit. Sebagai remaja mestilah Fizo perlukan seorang teman yang ambil berat,” ujar Fizo ketika ditemui di Hotel Istana.
Dalam waktu yang sama, SINAR HARIAN sempat juga bertanya tentang hubungan rapatnya dengan seorang pelakon muda Ainul Aishah. Dan secara ikhlas juga dia mengakui yang dia dan Ainul sekadar bersahabat.
Hanya kawan
“Jika dikaitkan dengan sesiapapun saya tak rasa yang saya dah ‘terkantoi’. Saya masih lagi ‘single’ jadi tak ada batasan untuk keluar dengan sesiapa pun tak kira rakan satu industri ataupun orang biasa. Melainkan saya dah berkahwin barulah saya bersalah.
“Ainul hanya sebagai seorang kawan. Saya dengan Ainul rapatpun masa di majlis sahaja. Lepas habis majlis kami buat hal masing-masing. Kalau kami keluar bersama pun mesti ditemani kawan-kawan yang lain contohnya pergi tengok wayang ramai-ramai. Waktu awal kami berkenalan pun kami dah ‘declare’ sebagai kawan. Sayapun rasa lagi selesa dia jadi kawan saya sahaja. Tetapi akan datang tu...tak tahulah kerana semua kuasa Tuhan," ujarnya dengan ikhlas.
Fizo akui yang dia tidak memilih orang tertentu sebagai jodohnya. Siapapun, Tuhan berikan jodoh untuknya dia akan terima dengan senang hati.
Fizo juga akui yang dia pernah dikecewakan suatu ketika dulu dan kerana itulah dia agak sensitif bila ditanya tentang cinta.
“Jika saya bercinta selalunya saya agak sensitif dan kuat cemburu sebab itulah saya nak mengelak untuk bercinta. Kalau boleh saya nak terus berkahwin, lagi senang,” ujar Fizo bersahaja.
Kata Fizo, dia yakin peminat yang meminatinya tidak akan lari malah akan terus memberikan sokongan kepadanya walaupun setelah dia mempunyai teman istimewa kelak kerana mereka meminatinya kerana bakat lakonan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: