Siri Roadshow Soyo & URTV dengan kerjasama Mangga Online akan ke Kuching dan Miri pula hujung minggu ini.
Artis yang akan bersama-sama ialah Aizat, Haiza dan Azza. Peminat jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan mereka.
Pada 23 Mei ini mereka akan berada di Kuching, Sarawak. Destinasi pertama di Choise Supermarket bermula pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Pada pukul 2.30 hingga 5.50 petang pula mereka akan ke Pasaraya E'mart pula. Di kedua-dua tempat itu akan diadakan Pertandingan Soyo Tarik.
Siapa yang ada bakat dan gaya menarik soyo panas dengan gaya yang tersendiri dan menghiburkan, jangan lepaskan peluang menyertainya.
Pemenang di peringkat negeri Sarawak akan ke pertandingan akhir yang akan diadakan hujung tahun ini. Hadiah lumayan menanti pemenang di pertandingan akhir nanti.
Sementara itu pada 24 Mei pula mereka akan menggegarkan Miri pula. Pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari mereka akan singgah di Boulevard Supermall.
Selepas selesai di sana mereka akan berada di E'mart Miri pula. Acara di E'mart akan
bermula pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang.
Roadshow Soyo & URTV dengan kerjasama Mangga Online ini pernah ke Johor, Melaka dan Kedah.
Selepas ini Soyo akan mengadakan roadshow di Pasaraya Mydin, Melaka pada 6 Jun dan pada 4 Julai pula ke Mydin USJ, Subang Jaya.
Roadshow Soyo & URTV juga akan ke Sabah pada 27 dan 28 Julai sebelum mengadakan majlis kemuncak dan penutup di Kuala Lumpur pada 8 Ogos.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: