Faces |
KUMPULAN Faces mungkin agak istimewa jika hendak dibandingkan dengan kumpulan muzik lain yang sering menghiasi pentas lounge atau kelab di hotel sekitar ibu negara. Selain bakat yang terserlah, kumpulan Faces yang diperkuatkan lima anggota turut disertai empat adik-beradik V Nalta.
Ketua kumpulan berkenaan, Maricel V Nala, mempunyai lapan tahun pengalaman menghiburkan pengunjung lounge dengan bakat muziknya. Dalam kumpulan itu, dia bertindak sebagai pemain genderang. Josephine dan Arlene pula dua adik-beradik perempuan yang sentiasa ceria, dengan bakat menyanyikan lagu pelbagai irama.
Abang mereka, Rodel, bermain keyboard dan turut bertindak sebagai penyanyi kumpulan berkenaan. Anggota kelima Faces, Mark Anthony R Pobocan pula bermain gitar.
Kumpulan ini tidak asing dalam dunia persembahan di hotel sekitar Asia kerana mereka berpengalaman menyanyi di hotel lima bintang di Dubai, Beijing dan Shenyang, China.
Jika anda ingin berhibur bersama muzik Faces, usah lupa berkunjung ke Crossroads Lounge di Hotel Concorde Kuala Lumpur kerana lima pemuzik ini muncul di pusat hiburan popular itu sehingga Julai nanti. Nikmati pelbagai lagu dendangan mereka termasuk jazz, R&B, pop, rock serta lagu yang berada dalam carta ketika ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: