
DALAM diam-diam, Maya Karin rupa-rupanya tengah ligat masuk studio bagi merakamkan album keduanya.
Tapi, kata Maya, dia malu nak uar-uarkan pada media kerana sudah lebih dua tahun dia cakap nak buat album, tapi masih tak keluar. Malah dia juga enggan proses rakaman tersebut dirakamkan media.
"Bukan apa, saya malu. Dah dua tahun saya cakap nak buat album, tapi belum nampak hasil. Malah dalam perancangan nak buat 10 lagu, tapi yang baru siap dirakamkan hanya satu lagu," luah Maya tanpa selindung.
Kata Maya, sekarang dia memang mahu memberi tumpuan pada album yang dihasilkan bersama Audi Mok. Dia ingin hasilnya lagu yang lebih baik daripada lagunya yang dulu, Erti Cinta.
Konsepnya pop. Cuma masalah Maya ialah dia belum mempunyai lirik yang bagus untuk lagu-lagunya. Sebab itu bila orang tanya bila album ini dijangka berada di pasaran, Maya jawab: "Tak berani nak cakap. Bergantung kepada berapa cepat saya dapat hasilkan lirik yang baik selain mendapat bantuan rakan-rakan."
Diva: Doakan album Maya siap. Biar lambat, asal berbaloi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: