Adakah trend menggunakan alat penapis air timbul kerana kesedaran terhadap penjagaan kesihatan atau keyakinan mereka semakin luntur pada air yang dibekalkan?

AIR terbentuk daripada cantuman dua atom iaitu hidrogen dan satu atom oksigen. Air menjadi komponen perdana dalam kehidupan manusia sejagat.
Cecair lutsinar yang jernih itu juga meliputi 70 peratus daripada permukaan bumi sehingga menjadi antara keperluan utama manusia untuk menikmati kehidupan.
Namun, tahap pencemaran yang tidak terkawal hari ini menyebabkan bekalan air bersih semakin diragui.
Menyedari hakikat kekurangan air bersih, masyarakat umum berusaha mencari alternatif untuk mendapatkan bekalan air yang baik untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan keluarga masing-masing.

![]() |
| |
Trend menggunakan alat penapis air ataupun sistem rawatan air sebenarnya sudah lama bertapak di pasaran tempatan dan antarabangsa. Cuma lewat ini, obses manusia terhadap alat itu menyebabkan alat penapisan yang dihasilkan makin canggih dan makin mahal.
Mengapakah ramai yang sanggup berbuat demikian?
Adakah ini menunjukkan tahap keprihatinan masyarakat negara ini terhadap penjagaan kesihatan semakin meningkat ataupun keyakinan mereka telah luntur terhadap air yang disalurkan ke rumah.

Prema Sinnathamby, seorang pengguna alat sistem rawatan air memberitahu, air paip yang disalurkan ke rumah hari ini tidak dijamin bersih dan bebas daripada kandungan bahan kimia.
"Walaupun pencemaran air di negara ini masih terkawal hasil pelaksanaan pelbagai langkah pengawalan yang efektif, namun air yang dimasak juga tiada jaminan bebas daripada bahan-bahan toksin, bakteria dan virus," ujar Prema ketika ditemui di rumahnya di Taman Maluri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada awalnya, Prema memasang alat penapis air biasa yang agak murah.
Namun memikirkan bekalan sumber air bersih, dia sanggup mengeluarkan wang sebanyak sehingga RM4,000 untuk mendapatkan sistem penapis yang berkualiti.
Mengakui air paip yang disalurkan ke rumahnya tidak terlalu kotor, ujar wanita berusia 44 tahun itu, penggunaan alat penapis air dapat membantu membuang klorin dan kotoran halus daripada air paip.
"Setelah hampir sedekad menggunakan penapis air yang lama, suatu hari seorang pengedar Sistem Rawatan Air eSpring berkunjung ke rumah untuk menjual alat terbaru itu," jelasnya.
![]() |
| NOORDIN DARUS |
Walaupun tidak berminat terhadap sistem rawatan air yang mahal, sejurus menyaksikan sendiri proses tapisan dan rawatan itu membuatkan dia tertarik dengan alat berkenaan.
Gabungan teknologi termasuk penuras blok karbon yang berupaya meyingkirkan rasa dan bau klorin. Lampu ultra ungu pula dapat membunuh 99 peratus bakteria dan virus yang terdapat dalam air minuman.
Kata Prema, pengedar itu juga menjelaskan keistimewaan eSpring yang menyingkirkan lebih daripada 140 bahan pencemar dan menghapuskan bakteria yang menjadi punca penyebab penyakit bawaan air daripada air minuman.
Menariknya, air yang melalui sistem penapisan itu membantu mengekalkan mineral seperti kalsium, magnesium dan potasium.
"Sejurus melihat demonstrasi eSpring, pengedar itu meminta saya meminum air yang ditapis.
"Sememangnya air yang ditapis daripada alat berkenaan tidak kekuningan, jernih seperti kaca lutsinar, rasanya manis dan enak," katanya yang menggunakan Sistem Rawatan Air eSpring sejak tiga tahun lalu.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu yang sebelum ini menghadapi masalah kulit seperti jerawat.
Setelah mengamalkan minum air tapis eSpring, masalah jerawat tersebut semakin berkurangan dan kulitnya anjal dan muda walaupun sudah berusia 40-an.
Selain untuk minuman, Prema juga menggunakan air yang dirawat itu untuk memasak terutamanya membersihkan beras kerana ia bebas daripada bau klorin.
Sayur-sayuran yang dibeli di pasar tani juga dibersihkan menggunakan air tapis tersebut.
Sementara itu, air yang berlebihan digunakan untuk menyiram pokok dan sebagainya.
Oleh kerana sudah biasa minum air yang ditapis, Prema sentiasa membawa sebotol air eSpring ke mana jua.
Dalam perkembangan lain, Pengasas WorldWellness Network, Datuk Dr. Noordin Darus berkata, apabila masyarakat semakin maju dari segi ekonomi dan intelek, maka wujudlah permintaan untuk memenuhi keperluan harian yang lebih baik.
Misalnya, adakah masyarakat di Laos risau tentang air bersih berkualiti ataupun bagaimana hendak mendapatkan air minuman? Sudah tentu, bagi mereka mendapatkan air yang boleh diminum sudah cukup penting.
"Tetapi masyarakat di negara ini tidak risau untuk mendapatkan air, jadi kebimbangan mereka berubah kepada bagaimana mendapatkan air yang berkualiti.
"Orang ramai melihat sendiri pencemaran air dan bimbang implikasi air yang kotor itu terhadap diri dan ahli keluarga," katanya ketika dihubungi Kosmo!, baru-baru ini.
Menurut Noordin, air bagi rakyat di negara ini bukan lagi untuk meneruskan kelangsungan hidup tetapi memberikan mereka zat galian yang pelbagai untuk kesihatan hidup yang lebih baik.

Katanya, ramai yang maklum proses rawatan air di loji menggunakan klorin yang tinggi menyebabkan kandungan logam berat dalam air masih kekal.
"Logam tersebut pula mengundang pelbagai penyakit antaranya masalah jantung, tekanan darah, tetragenesis (kelahiran yang cacat), mutagenesis (kecacatan gen) dan kanser.
"Walaupun mendidihkan air dianggap dapat menghilangkan kandungan klorin yang tinggi tetapi air yang masak masih mengandungi bahan tersebut," ujarnya.
Tambahnya, menapis air hanyalah satu cara untuk memastikan air itu bersih dan selamat. Jika keluarga yang tinggal di pergunungan Hunza, Pakistan, tidak memerlukan penapis air kerana air yang disalurkan di lokasi tersebut bersih tanpa sebarang pencemaran.
Noordin memberitahu, air mempunyai 'roh' yang mampu merawat penyakit. Air yang dikategorikan kepada air mati, hidup dan penawar akan berfungsi mengikut keupayaannya.
"Misalnya, air mati adalah air yang telah dimasak dan air suling; manakala air hidup pula cecair yang mengalir dari kawasan pergunungan, mata air, perigi, salji dan hujan.
"Sementara itu, air penawar pula air zam zam, air RX dan lain-lain lagi," jelasnya bahawa air penawar membantu menyembuhkan penyakit apabila kandungan mineral dalam air tersebut boleh ditambah mengikut kehendak orang ramai.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: